Friday, October 31, 2008

Jeruk Mempelam

Dua hari lepas .. masa sidai kain..Ibu ternampak la buah mempelam ni..tak perasan lak dia berbuah.pokok mempelam Ibu ni ganjil sikit..berbuah sepanjang tahun tapi tak banyak sebabnya dia berbuah bukan sekata..kejap berbuah kat belah kiri..kejap kat kanan..kejap arah matahari terbit..tu kekadang tak perasan..lepas habis sidai kain terus je kait .. teringat plak nak buat jeruk ..Jadi hari ni dah bleh makan dah jeruk Ibu ni..


Bahan-bahan
5 biji mempelam sederhana besar ( yg muda lah ye..mempelam masak mana bleh dijeruk )
1/4 cawan garam
3 cawan gula
1 cawan ais krim soda

Cara-cara
-buah mempelam dibuang kulitnya kemudian dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki
-letak buah yang telah dipotong tadi kedalam besen atau apa-apa bekas yang sesuai untuk merendam
-masukkan air panas ke dalam bekas yang berisi buah mempelam tadi .. biar sampai terendam kesemua buah
-rendam lebih kurang 15 minit( jgn lebih masa ye karang..lembik plak mempelam tu..)
-toskan buah mempelam tadi dan jirus ngan air biasa untuk hilangkan wap panas tu
-masukkan air biasa serta garam dan letak semula buah tadi dalam air garam plak ( sukatan air hendaklah sampai buah tersebut terendam kesemuanya )
-biar dalam air garam lebih kurang 6 jam ( lebih sikit pun tak pa ) lepas tu toskan buah tu..
-3 cawan gula tadi di larutkan ngan air ( ibu guna air masak ) sukatan air tu sama je iaitu sampai semua buah terendam..pastu campur dengan ais krim soda
-masukkan buah mempelam tadi dalam bancuhan air gula dan bolehlah disimpan
-dalam masa dua hari bleh la makan...

Monday, October 27, 2008

Kek Batik Biskut Marie

Ni Ibu buat untuk si Mak Ndak budak-budak ni ..esok nak bawak pegi jamuan kat tempat kerja dia..resepi ni boleh buat main taram je...macam-macam versi ada tapi rasanya ni paling mudah lagipun tak guna telur
Bahan-bahan
2 bungkus biskut marie ( Ibu guna sebungkus yang biasa dan sebungkus yang rasa coklat )
250g butter
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
5 sudu besar madu
1 cawan oat
1/2 cawan badam cincang ( boleh tukar dengan benda lain mcm kacang tanah ke..)

Cara-cara

1.Cairkan mentega ( Ibu masak dalam kuali besar..senang nak kacau ) 2.Bila butter dah cair masukkan serbuk koko, milo, susu cair, susu pekat ngan madu...kacau sampai sebati dan mendidih-Bila dah mendidih masukkan oat dan badam..kacau rata masukkan biskut 3.Kacau hingga semua biskut bersalut ngan adunan coklat tadi 4.Padamkan api..cari bekas yang sesuai..masukkan yang ada dalam kuali tadi ke dalam bekas dan tekan-tekan bagi rata-sejukkan baru boleh di potong..

Ikan Bilis Goreng Asam

Bahan-bahan
Ikan Bilis ( basuh bersih dan goreng)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Garam dan gula
Air asam jawa
Air
Cili

Cara-cara
-Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris
-Bila agak garing masukkan cili dan tumis lagi
-Masukkan ikan bilis , air asam jawa dan sedikit air..biar mendidih
-Perasakan dengan garam dan gula
-Hidangkan dengan nasi panas..

Sebenarnya ni lauk Ibu masak makan malam semalam...balik dari Ipoh tengok Ihtifal PASTI ( si Kazim masuk nasyid ) mudah dan cepat..

Friday, October 24, 2008

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Hari ni tak memasak lagi lah Ibu ni...lepas jumaat tadi Ibu ada Majlis Hari Raya anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Perak..kali ni Daerah Hilir Perak jadi tuan rumah..nasiblaaa dekat..buat kat Chenderong Balai je..yang rasminya Penaung PPIM Negeri Perak Yg Berbahagia Datin Seri DiRaja Dato' Hjh Kamariah Hj Mokri...

Tengok la member Ibu ni..sempat lagi posing ngan Datin Seri...
Dah nam jamuan raya..hidangan pun banyak ..tapi yang ini je yang mampu Ibu hadapi..ikut hati nak lahap semua..tapi apakan daya..perut tak muat
tapi yang nampak paling menyelerakan yang ni lah..kek coklat ( teringat plak lama dah tak buat...) rasa ? not bad..
tengok la tengah makan pun boleh bergambar..senyum...

dan yang paling best...sebelum mengundur diri..dapat 'bontrot' lagi...

Tuesday, October 21, 2008

Leek Goreng Siakap


Bahan-bahan
3 batang leek sederhana besar ( potong memanjang )
1/2 cawang isi siakap yang telah dihiris-hiris
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar air
1 biji lada benggala
1 biji limau kasturi
garam dan lada sulah

Cara-cara
-tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan
-masukkan isi ikan dan goreng hingga 3/4 masak
-masukkan leek, kicap, sos tiram, air, garam dan lada sulah
-goreng sebentar ( jangan terlalu lama nanti sayur layu..ikan plak hancur )
-akhir sekali masukkan lada benggala..matikan api dapur baru perahkan limau kasturi atas sayur
-kacau rata dan boleh lah dihidangkan panas-panas

Ni sayur bawak balik dari Cameron aritu...tapi tak pegi Cameron pun bleh beli sayur ni...ada kat mana-mana

Monday, October 20, 2008

Rindu Kat Adik...

Ni la si kecik Ibu...dah dua malam adik takde kat rumah..Sebenarnya Adik kat rumah Tok Jah..Ibu hantar kat sana lepas turun dari Cameron...Opah Siah ngan Tok Saleh mintak cuti pegi KL..jadi terpaksa la Ibu hantar kat rumah Tok Jah...sunyi Adik takde kat rumah...rasa kurang je...

Cameron Highland

Sabtu ngan Ahad tadi Ibu ke Cameron..ada family day kat sana..siap bermalam lagi kat Brincang ( semua di tanggung )...jadi takde la akt memasak..akt berjalan laaa.. ni Lata Iskandar..on the way nak ke sana ( ikut Tapah..kalau ikut Simpang Pulai..sampai bila pun tak jumpa..) tengok kecilnya manusia ....
bergambar kat kaktus gedabak ni haa...brape tahun la nak besar camni..
ni kat taman rama-rama...tapi yang ada cuma spesis tu je...tak best la...bayar RM 5 yang ada cuma tu je...adala haiwan lain cam ular..katak..kumbang gergasi...tapi dah namanya taman rama-rama ...bagi la rama-rama tu banyak jenis
tau tak pokok apa ni...kobis...tak nampak kobisnya ( Ibu curi-curi tangkap masa kat dalam Taman Rama-rama tu...)
Sebenarnya dah banyak kali Ibu pegi..tapi kali ni pegi free...kena la buat catatan sikit...

Ladang Teh

Ni la dia pokok teh...

Posing kat kebun teh..BOH punya..




Tuesday, October 14, 2008

Puding Roti

Puding ni Ibu buat atas permintaan Chuin haritu ...cumanya Chuin dapat resepi je lah...tak dapat nak hantar bagi rasa...

Bahan-bahan
7 keping roti putih
satu tin susu cair
5 biji telur - gred c ( kalau gred A guna 4 biji pun dah ok )
2 sudu teh esen vanilla ( hilangkan bau hanyir telur tu..)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air


Cara-cara
-carik-carikkan roti dan letakkan dalam bekas
-tuang susu cair dan tekan-tekan roti tadi biar tenggelam dalam susu
-biar roti tersebut tenggelam dalam 30 minit ( don't worry..tak lemas punya )
-separuh dari sukatan gula dibuatkan gula hangus...Ibu guna loyang yang boleh letak atas api...lagi senang..letak gula dalam loyang..biar dia cair dengan api perlahan...bila dah warna kuning emas tu..padamkan api..kalau lambat nanti dia hangit..pastu biar sejuk
-lepas 30 minit..masukkan dalam blender benda-benda lain...telur, gula, esen vanilla, roti dengan susu yang direndam tadi dan juga air...blender sampar lumat.
-tuang atas gula hangus dalam loyang tadi..kukus antara 40 minit hingga 1 jam
-bila masak...sejukkan sebentar pastu tonggengkan dalam bekas lain...tu yang nampak bahagian atas tu kaler lain..baru nampak cantik sikit...masuk dalam peti sejuk..apa jenis puding pun makan sejuk-sejuk lagi sedap...

haa...Chuin cuba tau..yang nilah..yang Chuin rasa dulu-dulu tu...bukan puding karamel..puding roti..

Sunday, October 12, 2008

Nasi Lemak Kinjang


1.Bahan Nasi
2 cawan beras ( basuh bersih dan toskan )
2 1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
sebatang serai - diketuk
sekuntum bunga lawang
garam
* dihiris halus
Cara-cara
-masukkan beras dan santan dalam periuk dan masakkan ( Ibu guna periuk nasi letrik )
-dalam kuali tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan bunga lawang hingga kekuningan
-tuang bahan tumis kedalam periuk nasi tadi, masukkan garam dan biar hingga nasi masak.
2.Bahan Sambal
5 ekor sotong ( bersihkan dan dipotong-potong )
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit belacan*
5 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
garam
gula
*ditumbuk lumat
Cara-cara
-tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
-masukkan cili dan tumis hingga naik minyak
-masukkan sotong, sos, kicap dan sedikit air
-biar hingga sotong masak
-perasakan dengan garam dan gula
boleh la dihidang bersama telur dadar dan daun selom...habisss buat sarapan pagi tadi..maklum lah semalam satu hari tak makan nasi..

Saturday, October 11, 2008

Selamat Hari Raya

Lama Ibu tak kemaskini blog Ibu ni..lepas cuti raya ( minggu ni laaa..) sibuk btul ngan RIMUP( sape tak tau RIMUP tu ape bleh tanya ) aktiviti memasak pun blum mula lagi...pun begitu tak terlambat lagi rasanya untuk Ibu ngan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog Ibu ni...

Open House Rumah Mummy

Tengahari tadi pegi open house rumah mummy kat Kalumpang.Ibu yang bawak kereta sebab ayah sakit tengkuk.

Mummy siap pasang khemah lagi..datang-datang tengok ada staff Mummy ringan tulang datang tolong...Tok Jah pun ada ( dari malam tadi lagi...) tengok la apa menu yang ada..

Pastu tu ada burger ngan ayam bakar..mula-mula bakar bawah pokok tapinya hujan la plak tiba-tiba...tu pindah wat depan rumah..takde kuali leper..daddy wat ngan kuali biasa..tu pun jadiiii..

Ni plak antara tetamu yang datang...