Saturday, January 31, 2009

PizzaHut Kampar Dalam Kenangan

Alkisah nak jadi cerita kat ibu ni...hari ni..pagi-pagi lagi Ibu ngan family dah ke Ipoh..ayah nak ambik refill toner printer...lepas breakfast ngan roti canai kat kedai depan tu..kami pun pegi..lepas selesai hal ayah..ibu ajak ke Wah Seng..nak beli barang bakery sikit...mak aiii...wah seng cuti raya lagi..malas nak kemana-mana sebab memikirkan kerja sekolah belambak...terusla balik..sampai kampar singgah jap kat Pizza Hut..memandangkan budak2 ni dah buat muka boring sebab pegi Ipoh tapinya tak kluar dari kreta pun..lagipun pulaknya perut dah lapar.Masuk pizza hut jam 12.30...duduk je si minachi pelayan tu dah ngambik order...10 minit berlalu baru sampai sup...udah dekat habis sup baru sampai air...jam 1.05 si minachi datang hantar bil...aiii..ayah kata blum makan dah nak kna bayar..tanya kat dia lambat lagi ke..dia kata tak tahu ..tu kerja orang bawah ( ibu makan kat tingkat atas )...1o minit lepas tu baru sampai pizanya...tengok semacam je pizza tu...sejuk weh...keras la plak tu...tak payah letak pelapik tahan panas tu...aufa pun bleh pegang pan dia tu..jangan kata nak nampak kejunya bertali..sosej pun hangit...ibu langsung takde selera...ayah ngan budak2 ni walaupun duk kata tapi makan jugak la sebab dah lapar...pizza dah nak habis roti baru sampai..masa tu la angin ibu datang...Ibu siap kutip lagi sosej hangit tu..ambik gambar...masa tu pekerja2 kat situ pakat tengok Ibu...salah sorang datang tanya...Ibu sruh dia pegang pan tu..dia senyum je...ibu tunjukkan sosej hangit tu...sruh dia makan..dia trus kata " puan nak jumpa manager ke.." memamng nak jumpa...nak nom tel you punya syarikat kat kl lagi "..bila manager naik...tengok orang kita...rasa kesian la plak. karang kna buang keje plak dia ni.....angin turun la sikit...puluh kali dia mintak maaf..dia nak masak lain..Ibu bukan nak yang lain tapi..buat kerja tu biar la elok...dah la ada 2 tax nak bayar..servis tak ok...tak geram ke...ni kali kedua ibu kena di p;izza hut kampar.tahun lpas bwak paksu..maktok ngan makndak pegi...lagi la teruk...1/2 jam duduk baru nak ambik order....tu pun kena panggil..pinggan mangkuk bersepak atas meja....tak lalu rasanya...
Ni ha...gambar sosej hangit ngan kerak hangit...tak brapa clear sebab guna handphone...tapi ni la kali terakhir ibu pegi pizza hut kat kampar..pangkah ngan dakwat merah lagi...buat cik fauzi ( manager kat situ ) selalu la pantau anak buah awak tu buat kerje...tq sebab masakkan yg lain untuk ibu ni ha...sebenarnya ibu dah kata tak payah sebab nak balik cepat..tapi dia janji dlm 10 min je..ibu tunggu la..lgpun itu hak ibu sebagai pengguna...

Friday, January 30, 2009

Hantaran Tunang

Pagi semalam masa hantar Aufa..Opah Siah mintak tolong buatkan sebekas untuk bagi pada anak jirannya yang nak bertunang...so Ibu dah plan nak buat benda lain..tapi yg jadinya benda ni...ni kek coklat yang paling senang nak buat tu la...
Letakkan 12 mangkuk dalam bekas plastik tu...
dah siap dah..cuma Ibu tak letakkan ribennya..opah tak tau temanya kaler apa..pada membazir baik bg yg kosong..karang pandai-pandai le tuan rumah letak riben.

Bunga Stokin

Sebenarnya Ibu nak buatkan bunga stokin camni..buat banyak2 pastu gubah mcm bunga tangan...tapinya tak larat nak tepis..coklat bola tu ramai sangat peminatnya kat rumah ni...

Tuesday, January 27, 2009

Tetamu..Episod 1

Semalam Ibu terima tetamu jauh...Mak Tok..Mak Ndak..Pak Cik ..Pak Su...Mak Chek pada budak-budak kat rumah ni...ala...tak jauh manapun.Pak Su memang dah lama teringin nak bermalam kat rumah Ibu ni ha..semenjak Ibu masuk rumah baru...so petang semalam sampailah ...itupun sebab Mak Ndak cuti...nak suruh naik bas Pak Su tak nak.....hajat hati nak duk lama la..tengok beg baju dia ... tapi apa nak buat Mak Ndak nak balik hari ni sebab esok dah mula kerja..Mak Chek plak sekarang ni tengah kursus KPLI kat Ipoh...nak kawin bulan 5 ni...apapun tq sebab sudi datang rumah Ibu..lain kali datang la lagi...

Tetamu...episod 2

Sebenarnya semalam ( masa tetamu sampai ) Ibu masak Nasi daging..kek coklat kukus..dan bubur jagung untuk tetamu Ibu ni..tapi tak sempat nak tangkap gambar..sebab time sampai tu Ibu terus hidang memandangkan semuanya dah lapo sangat...yang sempat tangkap cuma kek ni ha...resepi dah ada kat n3 lepas so..jamu mata je

Gulai Lemak Nenas

sebenarnya resepi ni guna nenas lebih buat acar untuk nasi daging semalam..pada terbiar dalam peti ais tu baik dibuat gulai. Ibu dapat resepi ni dari mak mertua Ibu...ada sikit kelainan pada gulai lemak ni sebab ada campur sikit rempah kari

Bahan-bahan
1 cawan tulang ikan talang masin
1/2 biji nenas ( hiris halus @ ikut kreativiti masing-masing )
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebatang serai diketuk
1 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan santan
1-2 cawan air
garam
gula
asam keping

Cara-cara
-rempah kari dicampur dengan 1/2 cawan air dan dijerang dalam periuk
-bila agak kering masukkan tulang ikan tadi bersama 1/2 cawan air
-renihkan dalam 10 minit
-masukkan nenas, santan asam keping serta lebihan air
-biar hingga nenas masak
-perasakan dengan garam dan gula
-padamkan api
-hiris halus bawang merah dan bawang putih
-tumis bawang serta serai hingga agak garing
-tuang ke dalam gulai yang telah masak tadi

Mak mertua Ibu cakap ni tumis darat namanya...pasal apa disebut darat ..tak tau la Ibu..

Keli Berlada

Biasanya Ibu selalu sebut sambal tumis ikan keli gamaknya keli berlada tu nama komersial kut .Mak Tok la yang mintak masakkan ikan keli ni lagi pun tahun baru cina ni kurang ikan kat pasar tu nasib baik la ikan keli ni tak beraya jugak

Bahan-bahan
1 kilo ikan keli cuci bersih dan digoreng
4 sudu besar cili giling *
2 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
3 batang serai ( hiris halus ) *
1 sudu besar belacan *
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
gula
garam

Cara-cara
-kisar @ blender bahan-bahan *
-tumis bahan kisar hingga masak atau naik minyaknya
-masukkan gula dan garam serta sos tomato
-masukkan air
-bila mendidih masukkan ikan dan biar hingga kuah agak pekat

bolehlah dihidangkan...

Sambal Ikan

Ni sebenarnya salah satu dari variasi sambal belacan...tapi agak Ibu sambal ni sedap lagi sebabnya dah letakkan ikan tu...nak cuba silalah

Bahan-bahan
15 biji cili padi *
2 biji cili masak*
1 hingga 2 sudu besar belacan *
sedikit garam *
air asam jawa
seekor ikan kembung sederhana besar direbus

Cara-cara
-tumbuk semua bahan * hingga lumat
-masukkan isi ikan dan tumbuk lagi
-masukkan air asam jawa

Sunday, January 18, 2009

Mini Garden

Hari ni takde yang special..minum petang hari ni buat puding roti ( kes roti tak habis dan nak expired )..resepi pun dah ada Ibu tampal kat n3 yg lepas..Cuma nak tayang kebun comel Ibu ni haaa....

Semuanya dalam pasu lah sebab takde tanahpun kat rumah Ibu ni..habis semua disimen.Nak tanam kat luar tu..takut plak dikencing dik anjing...kat bawah ni cik sawi kita..baru dua minggu..

Gambar tak brape cantik sebab guna handphone je...handphone plak bukan jenis ribu-ribu..tu yg kuning semacam ..

Thursday, January 15, 2009

kembali....

aaahhhh....lega...dah buleh bukak internet.sebenarnya Ibu pindah rumah 29 disember 2008 ( 1 muharram 1430h )..pastu buat permohonan tukar alamat kat telekom 30hb ( esoknya la... ) 31 disember 2008..angkat barang dari rumah lama ( sewa lori En Yazid -Yaziz Hanis Catering ) 3 kali angkut cuma RM 150 je.Tq Abg Yazid sebab tolong. 13 hari lepas tu br bleh telefon..itupun dah 2 kali wat report kat 100.sekali mengamuk kat tmpoint.internet plak nasib la..report lg kat 100..tmpoint kata esok br leh guna..alih-alih hari ni dah ok...kalo tak...ngamuk lagi...itu le sejarah kenapa lambat sgt dan lama sgt tak update blog..Ibu pun dah rindu sgt nak memblog ni..
Kat sini Ibu nak wat pengumuman gak...hari ni..tengahari tadi adik Ibu ( mummy ) dah selamat bersalin anak no 3...baby boy.tahniah...tahniah...
ok kengkawan lepas ni bleh la kita jumpa selalu...bye