Monday, February 23, 2009

Bun Kacang Merah

Ni plak buat malam tadi untuk sarapan pagi ni...resepi ni Cik Mat Gebu punya...memang gebu btul roti tu...lembut je..inti Ibu guna yg ready made ( beli kat BWY )....Bahan-bahan
120ml air
250g tepung high protien
30g telur
10g susu tepung
40g mentega
40g gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis kering ( mauripan la paling senang cari...)
1/2 sudu teh bread improver ( Ibu tak letak pun sebab kehabisan stok )
1/2 sudu teh bread softener

Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ...dimulakan dengan bahan cecair dulu
-pilih untuk doh sahaja dan tekan butan start...
-tunggu la sampai dia panggil..
-bahagikan adunan kepada 9 bahagian
-masukkan inti..bulat-bulatkan dan letak dalam loyang
-buat hingga habis
-biar hingga naik sekali ganda ( lebih kurang 40 minit...ikut keadaan suhu sekeliling )
-bakar dengan suhu 180C lebnih kurang 20 minit.

Ibu siap sapukan mentega sebelum bakar...nak mudah...
haaa...ni baru kluar oven...montok-montok gitu....sarapan la tok ngan wan pagi tadi dengan bun kacang merah ni....

Bingka Roti Jagung

Resepi ni Ibu dapat dari blog Rinn Chan rasanya ( kalau tak silap la...tua-tua ni selalu sangat hilang ingatan )..rasanya ok..dan lebih ok bila ada jagung tu...

Bahan-bahan
3 biji telur
150g gula castor
100g mentega dicairkan
1/2 sudu teh garam
300g roti putih
200g tepung gandum
1 liter santan ( Ibu guna 1/2 liter santan dan 1/2 liter susu segar )
200g jagung dalam tin ( Ibu letak satu tin terus )

Cara-cara
-pukul telur ngan gula hingga sebati
-masukkan mentega cair dan kacau lagi
-masukkan santan, tepung dan garam...kacau hingga adunan sebati ( Ibu masukkan tepung selang seli ngan santan..lebih mudah sikit )
-carik-carikkan roti dan rendam dalam adunan tadi selama 15 minit hingga 20 minit
-masukkan jagung dan kacau rata
-sapu mentega pada tepi loyang dan alas dengan kertas
-bakar lebih kurang satu jam dengan suhu 180C ( ikut oven masing-masing )

oooppsss...lupa nak bgtau..Ibu ada masukkan sikit esen vanila masa pukul telur ngan gula tu...ikut resepi sebenar tak letak.

Sunday, February 22, 2009

Kari Kepala Ikan

Ni saja Ibu nak tayang...bukan apa...masa balik Baling ari tu ada la pegi pasar malam kat Kupang..ikan murah-murah..masa tengok-tengok tu ternampak la kepala-kepala ni..ayah la yg sruh buat kari kepala ikan..tak sampai rm10 pun untuk satu kepala...kalau beli kat kedai yg dah siap masak...paling kurang sebelah kepala rm 15...tu pun kira murah

Pengat Labu

Ni Ibu masak masa kat rumah Tok...tengok la pinggan antik tok tu...sedap betul labu ni...halus sangat..bila dah dimasak dia rasa liat-liat sikit...tapi makan banyak boleh mengundang angin satu badan..pastu rasala akibatnya

Bahan-bahan
300g labu ( dibersihkan dan direbus hingga empuk dan lembut )
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
daun pandan
sagu mata ikan ( kalau suka...ibu tak suka sebab tu tak letak )

Cara-cara
-masukkan semua bahan dalam periuk dan reneh dengan api perlahan
-reneh hingga santan mendidih ( jangan biarkan santan mendidih terlalu lama nanti tak sedap )

bleh la dihidangkan

Sorry...


Alamak...ceritera Ibu dah jadi tonggang tebalik..takpela...harap2 tu sapa yg baca dia paham sendrilah..
Ni laaa nama pekan kat kg tok ngan wan...
Haaa...tengok tu...ada lata lagi...Lata Bayu ataupun dikenali juga sebagai lata asam jawa..nak masuk Kg Bukit Hitam ( nama kg tok ) kena la ikut papan tanda nak ke lata bayu ni...
Sampai dah...masa sampai tu tengok tok tengah terbaring...kesiannya
Sampai kat Grik..kami tak terus ke Pengkalan Hulu..ada satu jalan baru yg lebih dekat untuk ke Baling..dalam 56km je..tapi jalannya...bengkang-bengkok pastu banyak plak jambatan yg menghubungkan satu bukit dengan satu bukit lain.

ni masa nak turun dah ( bila menurun tu maksudnya dah nak sampai dah...)
Tengok tu...dah ada papan tanda nak ke Baling..tapi jangan silap..rumah tok kena terus tak bleh masuk simpang nak ke Baling..karang tak jumpa


Balik Kampung....

13 Februari 2009
Esok ayah dah janji nak pegi tengok GENG kat Ipoh...tapi terpaksa dibatalkan sebab dapat tau tok tak sihat..kena cikunya katanya..jadi tukar plan..lepas solat jumaat kami balik Baling...hajat tu nak bawak Tok ngan Wan datang Tapah...biar sihat sikit baru balik...

kami balik ikut highway utara-selatan pastu exit K Kangsar..sebab nak ikut Grik..dapat jimat masa ngan jimat duit...
Keluar tol KK hari mula hujan...
Kat bawah ni Ibu rasa kreta zaman jepun dulu kot...kreta ni ada kat area lenggong rasanya...

Ceritera

Lama sungguh tak update benda alah ni...banyak kerje ( tu dah biasa..) dan banyak cerita..


12 Februari 2009

Hari ni birthday ayah...hadiah tak sempat nak beli lagi..Ibu cuma sempat buatkan kek je...kakak asyik tanya je..bila nak beli hadiah..sebabnya dia dah siap korek tabung nak beli hadiah tu..abang bg pen merah kat ayah..tu pun beli kat kedai sekolah...apapun...untuk ayah " happy birthday to you..." semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...kami semua sayang ayah...


Kek coklat yg senang je....pastu deko ngan bebunga ni haaa..


dah dingap dek bebudak tu...

Monday, February 09, 2009

Kuala Woh

Hari ni..picnic kat Kuala Woh.Budak-budak ni pun lama dah tak mandi sungai.Air kat sana pun tak dalam ..lagipun dah 3 hari tak hujan...lagi-lagi la cetek.Paksu tak dapat la nak berenang..

Ayam Percik Ibu

Ni buat untuk makan tengahari tadi...( hari ni picnic kat Kuala Woh )..kebetulan Ida Cek ngan Paksu ada...Bahan-bahan
seekor ayam-potong 4 & dibersihkan
1 cawan santan pekat
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

2 batang serai dititik
3 sudu besar cili boh
2 keping asam keping
sedikit belacan
sedikit halia dan 2 hiris lengkuas
sebiji buah keras
bunga lawang & buah pelaga ( tak buh pun takpe )
air secukupnya
garam dan gula

Cara-cara
-bawang , buah keras dan halia ditumbuk lumat bersama belacan
-tumis bahan yg ditumbuk tadi bersama cili hingga naik minyaknya
-masukkan lengkuas , serai serta bunga lawang dan buah pelaga
-masukkan gula ( seeloknya campur dengan gula kabung..tapi stok takde..) ngan garam serta asam keping
-bila dah naik bau..masukkan santan dan juga ayam
-masukkan air hingga tenggelam ayam tersebut
-masak hingga kuahnya tinggal separuh atau pun kuah tu dah pekat
-tutupkan api
-bakar ayam diselang seli dengan menuangkan sikit-sikit kuah ayam tadi..bakar hingga ayam agak garing..
-nak makan bleh la letak kuah yg lebih tu kat atas ayam..

Ibu senang je..bakar ayam dalam kuali tak lekat tu..agak nampak kesan nak hangit..ibu angkat letak dalam pinggan pastu masuk microwave dalam 2 minit..dah siap..step membakar kat atas tu..untuk puan-puan yg rajin je..

Sunday, February 08, 2009

Kek Santan

Resepi kek ni dapat dari Kak Ina..Pen Kanan Kokurikulum di sekolah Ibu..resepinya mudah sangat...
Bahan-bahan
6 biji telur
3 cawan gula
1 1/2 cawan santan ( ibu guna yang dalam kotak je..)
4 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pandan paste
* Ibu buat separuh je dari adunan di atas

Cara-cara
-pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu
-masukkan esen pandan dan pandan paste
-masukkan tepung ( yg telah di ayak dengan baking powder ) dan santan berselang seli
-kacau hingga sebati
-bakar dengan suhu 190C lebih kurang 1 jam

Untuk hiasan..Ibu sapukan kiwi filling pastu tabur dengan kelapa kering.Kak Ina kata..resepi ni bleh tukarkan perasanya..kalau nak jadikan kek keladi..letaklah yam paste..kalau nak kek oren..campurkan perasa oren paling tidakpun letakkan orange sunquick..jadi je...
Untuk sesape yg takde mixer bleh guna blender..tp taklah segebu guna mixer..

Tuesday, February 03, 2009

Spaghetti Udang

Menu makan malam hari ni...resepi ikut tekak ibu je..tupun terpedas sikit.Dah la letak lada hitam..jenuh minum air..
Bahan-bahan
Spaghetti ( direbus dahulu hingga lembut dan toskan )
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 cawan sos cili
10 ekor udang
sedikit fish ball goreng
1 sudu teh lada hitam
1/2 mangkuk kecil brokoli
1 sudu teh cili boh
1/2 cawan air
garam
Cara-cara
-tumis bawang putih hingga garing dan masukkan cili boh
-tumis hingga naik bau dan masukkan udang serta air.
-bila udang separuh masak masukkan sos, fishball, brokoli dan spaghetti.
-gaul rata..masukkan garam dan lada.
-agak dah ok dan sebati...bleh la angkat
Dalam pedas-pedas tu...masing-masing bertambah....

Roti Sosej

Sebagai tambahan menu malam ni...resepi Ibu kaut dari myresipi..hasil tangan Yani.

Baru kluar oven cik roti ni haaaa...sosej tupun duk berpeluh lagi...panas sangat duk dalam oven tu gamaknya
Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur ( Ibu guna sebiji yg gred A )
300g tepung high protien
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
60g butter ( guna margerin je )
1 sudu teh yis kering ( Ibu guna mauripan )
10 batang sosej

Cara-cara
-senang je...masuk semua bahan ..mula dari atas ke bawah dalam breadmaker
-pilih 'basic dough' dan tekan 'start''
-tunggu sampai siap.
-bila doh dah siap...kluarkan dari breadmaker dan rehatkan 10minit
-bahagi doh kepada 10.uli doh memanjang macam tali ( agak2 2 kali ukuran sosej tu...)
-sambung kedua-dua hujungnya dan letakkan sosej.Letak dalam dulang pembakar
-buat sampai habis.Biar doh tadi naik sekali ganda ( dalam 30 minit )
-bakar dengan suhu 180C kira2 10 hingga 15 minit

dah siap dressing dah...

Masing-masing dah tempah nak bawak bekal pegi sekolah esok.

Orang Perak Cuti Ari Ni Wehhhhh...

Hari ni Ibu cuti....seluruh Perak cuti kerana menyambut perayaan Jubli Perak pemerintahan baginda Sultan Perak.Jubli Perak ni disambut atas perkenan Duli Tuanku kerana telah memerintah selama 25 tahun.Semoga Allah merahmati pemerintahan tuanku..Amin...

Sunday, February 01, 2009

Rendang Pedas Ikan

Pegi pasar pagi tadi..( takde le pagi sangat...pukul 10.30 pg ) nampak tak banyak ikan sangat...bahang cuti masih terasa lagi kut.Ibu beli 2 jenis je..ikan tongkol ngan kerisi.Dah siap plan dah..nak buat rendang si ikan tongkol ni..lama tak makan.Bahan-bahan
1 kilo ikan tongkol
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
4 batang serai*
sedikit halia*
1/2 cawan santan pekat
1 hingga 2 cawan air
1 sudu kerisik
2 keping asam gelugor ( asam keping la tuuuu )
2 sudu cili boh
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula
dua helai daun kunyit
2 helai daun limau purut

Cara-cara
-Bahan-bahan bertanda * dihiris halus
-Masukkan bahan hiris tadi dalam kuali ( guna kuali besar lebih mudah )
-letakkan ikan kat atasnya
-masukkan cili boh..air..santan..asam gelugor..dan serbuk kunyit.
-masak atas api sederhana
-bila mendidih masukkan daun kunyit yang dicarik ..daun limau purut serta perasakan ngan garam dan gula
-masak hingga kuah agak pekat

selain makan ngan nasi..bleh gak makan dengan ketupat atau pun lemang..jadi bolehla buat hidangan dihari raya nanti.