Wednesday, October 28, 2009

Roti Jagung


Bahan-bahan
170gm air
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred A
40gm mentega
50gm susu tepung
400gm tepung high protien
50gm gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
1/2 tin jagung krim

Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dlm breadmaker didahului dengan bahan cecair kecuali jagung
-pilih setting 'basic normal' atau apa yg seumpamanya..ikut jenama masing2 lah...roti ni kita bakar terus dlm breadmaker
-15 minit pertama menguli baru masukkan jagung
-biar hingga masak

Pagi tadi buat bekal kat anak-anak ni...tp biasa la...dalam duk kata sedap...yang coklat lagiii sedap.budak-budak...tak bleh dipisahkan ngan coklat.

Monday, October 26, 2009

Terengganu

Sebenarnya nakcerita pasal lawatan penanda aras yg ibu pegi ngan ayah baru-baru ni ke terengganu ngan kelantan.Alhamdulillah dapat pegi sekali ngan ayah..bukanla takpernah pegi tp pegi ngan kreta dengan pegi berdua naik bas ( walaupun rombongan sebenar satu bas ) lain ckit.Kami pegi naik bas SMKA.bertolak jam 9.30 mlm dan tiba ke destinasi pertama di masjid kg dendang jam 6.15 pagi untuk solat subuh....
lepas solat..ke pasar payang..noor arfah batik...pastu kemana lagi haaaaa...banyak tempat juga la..
tengahari kami sampai taman tamadun islam..solat zuhur kat masjid kristal ni...ibu siap mandi lg...org lain mandi kat arfah batik....ibu tak sempat...yg sempatnya kat sini la...

cus...cus..keretapi

Duk bergambar dlm keretapi kat taman tamadun islam...ingat ibu la...kalau takde kretapi ni...tak berjalanibu...mak aiiii kemain luas kawasan nak jalan kaki je???? tengah panas lak tu...
ni la kretapi tu....kecik je...tp ok la nak seronok seronok..tak silap ibu lebih kurang ngan ygkat zoo taiping tu..tp harga lain sikit kut...kat taman tamadun islam ni harganya rm3

Letihnya...

Nak cerita letih..memang la letih..dah satu hari suntuk duk dlm bas..kaki pun takleh nak lurus btul2.almaklumlakami berdua ni spesis panjang2 belakanya.Ni destinasi terakhir sblum masuk sempadan kelantan.Pantai Bukit Kluang...rasanya dlm daerah besut ( kalau tak silap la ).Sebetulnya tak masuk dlm agenda pun tapi dek disbbkan ada permintaan maka singgahla..
tengokla muka ibu ngan ayah ni...alahai...tak laratnya...dlmtak larat tu berjalan jugak la menyusuri jambatan kayu yg dibina ditepi pantai ni....

Dalam letih ni smpat gak fikir...pkul brapa la nak sampai tapah dari kelantan esok ni...bukan apa...isnin ( 19/10/2009 ) nak lapur diri untuk kem 1 malaysia sebagai pen jurulatih di pusat kokurikulum daerah....lagi rasa letih....

Sunday, October 25, 2009

Happy Birthday Mak Ndak

Untuk adik perempuan bongsu Ibu...Selamat Hari Lahir yang ke.........semoga Allah memelihara kehidupan ko selalu.....

Bubur Pulut Hitam


Hari ni sepanjang hari hujan turun...dari bangun subuh tadi sampai la nak maghrib...nak sidai kain pun rasa malas ( walaupun penyidai kat bawah bumbung )...lepas siapkan beg ayah ( esok nak ke pangkor...kursus )...ibu buat bubur pulut hitam ni haaa...pulut hitam ni beli kat rantau panjang aritu masa lawatan penanda aras ke Kelantan Terengganu.
Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam - cuci bersih dan rendam lebih kurang 4 jam
air secukupnya
3 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
gula ( ikut tahap kemanisan masing-masing )

sedikit garam
seketul gula melaka ( kalau ada la...)
daun pandan

Cara-cara
-rebus pulut hitam dengan air hingga kembang dan lembut
-masukkan gula . daun pandan dan gula melaka...biar hingga kuah pekat ( air dah tinggal sikit )
-masukkan santan dan garam...kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak
-bila dah mendidih ( jangan lama-lama ) tutup api dapur dan hidangkan..

Saturday, October 24, 2009

Sup Ekor


Lama sungguh tak memasak....balik dari Kelantan ke Kem 1 Malaysia pulak...hari ni makan tengahari pukul 3 petang...mana taknya..mengemas lg...bukak kedai dobi lagi...tu pun tak habis..perut dah lapar...apalagi...jom ke dapur...

Bahan-bahan
A-direbus hingga empuk
1 kg ekor lembu
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 inci halia
air secukupnya
B-rempah
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 bungkus kecil rempah sup adabi
3 biji kentang-potong ikut suka
lobak merah - kalau suka
Cara-cara
-bawang besar dan bawang putih dihiris halus
-tumis hingga naik bau kemudian masukkan rempah sup yg dibancuh dengan sedikit air ...tumis hingga naik minyak
-masukkan rempah tumis tadi kedalam periuk sup..masukkan sekali ubi kentang
-bila ubi kentang dah empuk masukkan pula lobak merah
-perasakan dengan garam
-bila dah ok bleh la dihidangkan ( nak lebih sedap..perahkan sikit limau nipis ke dlm mangkuk sup...ada ump...)

Ketam Masam Manis

Ni antara benda yg sedap makan tp malas nak masak..bukan apa masa tengah makan nanti ramai la yg mintak tolong...isssshhhhh...

Bahan-bahan
600gm ketam ( dibersihkan )
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh kicap
1/2 cawan kacang pis
1/2 cawan air
2 sudu besar hirisan lobak merah
garam dan gula

Cara-cara
-bawang besar dan bawang putih dihiris halus
-tumis bawang tadi hingga kekuningan dan masukkan pes cili
-masak hingga naik minyak...masukkan kicap, sos cili ,garam dan gula
-masukkan ketam dan air...tutup kuali dan renihkan ketam dalam 5 minit
-selepas itu masukkan kacang pis dan masak hingga kuah pekat.
-perasakan sekali lagi dengan garam dan gula...bila dah ok barula ditaburkan hirisan lobak merah dan dihidangkan.

Tuesday, October 13, 2009

Rekod Penilaian PPIM

Hari ni lepas hantar kakak..ibu ke SK Satu Jln Hospital..jumpa ngan Hjh Rohani.Bincang pasal rekod penilaian PPIM Daerah.Ibu panel penilai daerah..ketuanya kak Ani laaa..hujung-hujung tahun kitorang sibuk la nak semak rekod penilaian ni...nak hantar ke PPIM Perhubungan Negeri hari Jumaat ni..nasib baik la tak brapa ramai sgt...kalau tidak lenguh juga nak semak ngan nak cop daerah.

Dari pkul 3 sampai la pkul 5..tu pun tak beres habis...ada sek yg terpaksa kita pulangkan balik sbb silap.Khamis ni semakan terakhir...pegi SK Satu lg...penat weh ....
Ibu masa pegi tu tak mkan apa pun ...nasib baik Kak Ani jamu makan sikit-sikit.Ada la alas perut skit.TQ la Kak Ani sbab sudi jamu ibu ngan mcm-mcm walau Kak Ani tgh berpuasa...TQ..TQ..

Monday, October 12, 2009

Udang Goreng Serai


Bertuah udang ni ...jadi resepi pertama yg di'snap' guna kamera baru.Kbtulan...ini rezeki makan malam ni...benda mudah je..budak tadika pun bleh buat..tp tak tau la budak pernama sorang tu...bleh buat ke tidak...

Bahan-bahan
1/2 kg udang - ikut suko ekau nak bosa mana
1/2 cawan serai yg dihiris halus
garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
-udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit
-goreng udang dalam minyak yang agak banyak
-bila udang separuh masak...masukkkan serai dan goreng hingga serai agak kekuningan
-angkat dan hidangkan panas-panas.

I'm Back....

Haaa...ni nak tayang benda baru...benda lama tak kluar wad lagi...ayah kata blog ibu akan berkubur kalau takde kamera...nak tunggu yg dlm wad..takde khabar berita...ntah-ntah kritikal.Jadi ayah belikan yg baru buat ibu....tu yg syok sgt ni....
hati ibu berbunga mcm ros kat bawah ni haaa...ni ibu try kamera baru...kbtulan pokok tu bunganya tengah kembang elok...sekembang hati ibu ni....terima kasih ayah...
tapi dlm kesyokkan ni...masih teringat kamera yg dulu...sementara nak biasakan diri dengan si sony...si olympus tetap dlm ingatan.