Tuesday, June 28, 2011

BENGKEL PENYELENGGARAAN KOMPUTER

2 hari ni ( bermula semalam ) ibu menghadiri bengkel penyelenggaraan komputer.....waaaaa ngantuk btul ( maklum le...tak minat sangat bahagian ni....walaupun termasuk dlm bidang tugas...) tapi gagahi juga bijik mata ni biar nampak apa yg penceramah sampaikan namunnnnnn tak berapa la nak paham...nasib kena pegi ngan juruteknik...keje koranglah ni...kat bawah ni adalah hasil keje semalam.....pasang kabel rj45....lulusssss



ni plak projek hari ni...dari kabel yg dibuat semalam tu buat la sharing pc ngan networking...mak aiiii tengok tu..berselirat....


haaa yg ni..tuan penceramahnya...En Tajarazhar dari PKG Bidor...org lama ni...sifu dalam bidang ni...kalo tak tak duduk la kat PKG.



bengkel ni abiss jam lima karang tapi untuk sesi petang ibu takde...terlibat la dengan Karnival Mahabbah sempena perasmian Mahkamah Syariah oleh YM Raja Muda Perak.3 hari 3 malam you karnival tuuuuuu.....

Tuesday, June 14, 2011

SIAKAP KUKUS NYONYA

Taraaaaaa.. kalau tengok tajuk dah tahu dah resepi rumah siapa ni.....ikan ni dah masak semalam lagi dah cumanya tertidur awal...tak sempat nak post n3.
rasanya memang sedap dan btul kata izah....rasa sambal tu yang bestnya...ikan tu cuma dilumur ngan garam je ( ibu tak lumur pun...kurang sikit darah tinggi ...-izah...akak cover ni ) nak try ? jom kita jenguk rumah izah....

Sunday, June 12, 2011

AIS KRIM GORENG

Fuhhhh makan apa tu...nampak cam sedap sangat....jom tengok apa yang dirasa tu....
waaaaahhhhhhh.......ais krim goreng......patut la ber ia sangat makannya...nama pun ais krim...budak-budak memang suka la.Sebenarnya ais krim ni dah 2 hari ibu sediakan...duk keras dlm freezer tu je...petang tadi ni ibu gorengkan pulak...sekejap je...kejap masa menggoreng...kejap juga masa menghabis...


ibu ambik resepi ni kat rumah sapa ibu dah tak ingat...tapi rasanya kat rumah izah the muffin lover...sebab sehari dua ni duk mengulang ke rumah dia ...tengok muffin...sedaaaappppp.Cara nak buat pun senang je....roti putih ( gelekkan bagi nipis sikit ), ais krim ( perisa ikut kesukaan ), acuan untuk memotong roti jadi bulat ( contohnya gelas...ibu guna gelang pembentuk telur goreng nak wat burger ) - letak ais krim ditengah roti, lapiskan sekeping lagi roti diatas ais krim...potong roti menggunakan pemotong, simpan roti dalam freezer paling kurang pun semalaman. panaskan minyak ( mesti btul2 panas ) dan goreng roti yang sudah keras dari dlm freezer sekejap sahaja...agak2 kekuningan.


lepas goreng boleh terus makan sebab roti tu hanya panas diluar...didalamnya sejuk sebab ada ais krim...cuba lah...kanak-kanak mesti suka..

tapi ibu ada jumpa satu website tentang ais krim goreng nih....lain plak caranya...lain kali boleh cuba si mamat hairul ni punya cara....sapa nak tengok bleh klik sini.

Saturday, June 11, 2011

BUBUR AYAM

Semalam ibu pergi sekodeng rumah kak yatie....nampak cam sedap je bubur ayam garing dia...untuk melepaskan teringin ( nak mintak malu la plak )...subuh-subuh alam tadi ibu dah bangun menyiapkan bubur nasi....pagi ni sarapan bubur lah nampak gaya nya...
Bahan-bahan bubur nasi
1 cawan beras...basuh bersih dan rendam semalaman ( teknik ni mempercepatkan proses memasak bubur dan senang je beras tu hancur )
air secukupnya
bunga lawang dan buah pelaga
ubi kentang didadu
1/4 kiub pati ayam
1/2 cawan isi ayam yang dikisar
2 hiris lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara
-rebus beras bersama air hingga beras hancur
-semasa merebus masukkan bunga lawang, buah pelaga dan lengkuas
-apabila bubur separuh hancur masukkan isi ayam, ubi kentang dan kiub pati ayam
-tambah air jika perlu
-apabila bubur cukup kembang perasakan dengan garam dan lada hitam
-bawang merah dan bawang putih dimayang halus dan digoreng hingga keemasan dengan minyak yang sedikit
-kemudian tuangkan bawang yang digoreng tadi kedalam periuk bubur dan kacau rata.
-sedia untuk dihidangkan.

ibu hidangkan bersama-sama dengan ikan bilis goreng, ayam goreng kunyit dan sambal tumis ikan bilis.selamat mencuba...

Friday, June 10, 2011

SIRIH ADAT

Masa balik kg aritu...kawan MIL ibu minta tolong gubahkan sirih adat untuk majlis perkahwinan anak lelakinya....ibu ni bukanlah pandai sangat tapi bila ada orang minta tolong...tak sampai hati nak menolak...tapi bunga pinang ngan bunga kecil kapur tu my MIL tolong buatkan...layan gambar ekkk.....




Monday, June 06, 2011

KONTRAK SOSIAL

Salam semua...n3 kali ini ibu nak hebahkan berkenaan kontrak sosial.Terus terang ibu katakan,sebelum ibu sambung belajar ni..ibu tak tahupun apa bendanya 'kontrak sosial ' tu.Alhamdulillah disebabkan nak kena hantar assgment...dapat juga ibu tahu apa yang dikatakan dengan ' KONTRAK SOSIAL '.Dan ibu rasa semua warganegara Malaysia harus ambil tahu dan memahami apakah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL dan isi kandungannya.Secara ringkasnya kontrak sosial ini ibu rumuskan sebagai.....

Kontrak Sosial merupakan perjanjian persefahaman yang dipersetujui bersama antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu sewaktu menuntut kemerdekaan daripada British.Ianya lebih merujuk kepada Perkara 14-18 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan pemberian kewargenegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu dan Perkara 153 yang memberi hak istimewa rakyat kepada kaum bumiputera.Ianya boleh diistilahkan sebagai permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum kemerdekaan melalui satu persetujuan dikalangan rakyat dan pemimpin daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Kontrak Sosial merupakan watikah asas keadilan sosial negara.Ianya merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan kebudayaan.Oleh itu ianya dijadikan rujukan asas atas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini .Ianya memang wujud dalam sejarah negara dan perpaduan yang dicapai itulah mentakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni.
Di Malaysia, kontrak sosial lebih menjurus kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman antara masyarakat majmuk yang mendiami negara ini sejak dari dahulu lagi.Walaupun kontrak sosial tidak dimeterai sebagai perjanjian didalam perlembagaan tetapi antara elemen kontrak sosial sudahpun disuratkan didalam perlembagaan persekutuan.Ianya perlu difahami turun temurun kepada setiap generasi agar kontrak sosial ini dapat difahami sebagai satu asas kepada kehidupan yang aman, makmur dan bahagia.
Kesimpulannya, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan berasaskan perkongsian, kerjasama, toleransi dan bersatu padu yang diamalkan secara bijaksana dengan inspirasi membawa negara ke mata dunia sebagai negara maju.Tugas sebagai rakyat ialah menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak isu perkauman dan keganasan serta pada masa yang sama terus mengukuhkan ikatan agar lebih erat dan padu agar semua rakyat Malaysia merasa untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam merasa serta memacu ekonomi negara kearah lebih maju.


Eloklah kita sebagai warganegara Malaysia memahaminya bagi menjamin perpaduan.Kawan-kawan yang ingin mengetahui lebih lanjut barkaitan kontrak sosial bleh la klik link dibawah ni ye...

1.wikipedia
2.penerangan

Saturday, June 04, 2011

LADANG ANGGUR TASIK BERIS









Salam semua...arini ibu jalan jalan merentas negeri Kedah yang aman damai ni...sekarang ni tengah melintas pekan Sungai Petani jadi ibu ambik kesempatan masukkan 2 @ 3 keping gambar masa kat ladang anggur tadi.Tasik Beris ni terletak dalam daerah Sik...

Friday, June 03, 2011

HAPPY BIRTHDAY.......

Hari ni dah masuk hari ke tiga ibu berada kat rumah mak mertua ibu di kuala pegang....saja balik sempena cuti...lagipun dah lama tak balik baling....kebetulan hari ni hari lahir ibu.....maka happy birthday to me....nak masukkan entry banyak2 pun....internet kat sini slow sgt...mungkin dibalik bukit kut....