Friday, August 12, 2011

MASALAH BETULLLLL

Huhhhh!!!!! 3 ngan 4 hari ni tak bleh nak ltak n3..dua bersaudara ni tak bleh duk dekat2..tak tau la kenapa....

sblum buh gambar nak kna resize dulu..kalo tak berat plak nanti blog ibu ni...sekarang ni pun bersiaran dari compaq kakak...si compaq ni tak install pun image resizer....


buh kat dlam fb tak pe la kalau tak resize pun...fuhhhhh sabor je laaa... sabo jgn tak sabo...si merah tu tengah reformat..nasib pomen ada dlm rmah....

Wednesday, August 03, 2011

PUDING ROTI GULUNG

Semalam sempat melawat blog kak ummi...maka ternampakla puding roti gulung yang dibuatnya...mak aaiiii cantiknya kejadian....nampak berselera menengoknya...jom kita try nak.....

ini la hasil kejadian dari tangan ibu...tak la nampak cantik sangat sebab kesuntukan masa...tapi masih sempat lg buat kuah kastad berpic....nyummm...nyumm... ( kak ummi ...kita cut n paste ye... )

Bahan:-
7 keping roti putih
jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya) - tapi ibu guna jem strawberry sbb itu je yg ada
3 biji telor
40 gm gula kastor
200 ml susu cair/susu sejat - susu segar je
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
30 gm hirisan badam/secukupnya - tak letak sbb tak ada
sedikit mentega untuk dilenser pd loyang

Cara-cara
-Buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem.
-Gulungkan roti dengan kemas.
-Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
-Pukul telor bersama gula hingga sebati.
-Masukkan susu , esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.nak senang..masukkan dalam blender dan kisar skali
-Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
-Taburkanbadam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya

AYAM MASAK SERAI

huwaaaaa....dah pkul 5.30 petang...sempat ke masak ni....letih punya pasal sampai rumah 10 minit lg pukul 4...terus kebummmmm.....tidurrrr..sampaila ayah balik dari opis...baru ibu terjaga.....kelam kabut jadinya....nasib barang-barang nak masak dah beli masa on the way balik tadi....apa lagi ...hari ni tukang masak sopan sebab masak pakai baju kebangsaan...tak sempat nak tukar dahhhh..
belek punya belek resepi...teruja tengok resepi maklang yang suka jahit ribbon tu....tapi resepi tu dah 4 tahun berlalu namunnnnn nampak sedap je ( bulan puasa ni tengok ikan bilis goreng pun sodap )...cumanya ayam masak serai maklang tu kaler merah...ibu punya ni gelap ckit sebab ibu kurangkan cili dan tambahkan kicap...ikut resepi asal maklang takde letak kicap...

Bahan-bahan
seekor ayam dipotong agak kecil dan digoreng separuh masak
10 ulas bawang merah ( ibu tambah bawang besar sebiji )
4 ulas bawang putih
cili giling ( ikut keperluan masing2 )
6 hingga 8 batang serai dititik
sedikit air
kicap manis dan sos tomato ( ini ibu yg mengada-mengada nak tambah )
garam

Cara-cara
-bawang dikisar
-panaskan minyak...tumis bawang dan serai hingga kekuningan
-masukkan cili giling dan biar hingga naik minyak
-campurkan kicap dan sos tomato serta sedikit air
-letakkan ayam yg digoreng separuh masak tadi
-kaup balikkan hingga rencah menyaluti ayam dan biarkan kuah agak kering
-perasakan dengan garam dan boleh la dihidangkan

Tuesday, August 02, 2011

BAWAL MASAK KICAP BEREMPAH

Nak cari kelainan untuk masak kicap ??? cer cuba resepi cik intan My Favourite Recipes...kata cik intan resepi asal dari Periuk Tanah....laaaaa kak an punya resepi lah ni....kak Raihan Periuk Tanah ni senior ibu masa kat sek dulu....resepi memang ada kelainan ckit....cuba lah...

Bahan-bahan
seekor ikan bawal dibersihkan dan digoreng garing
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar cili giling
5 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar
3 sudu besar sos tomato ( yg ni ibu jer yg memandai tambah )
1 biji cili merah / hijau
1 biji tomato

Cara-cara
-bawang merah dan bawang putih serta halia ( ibu yg letak..kak an tak letak pun rasanya ) ditumbuk halus
-panaskan minyak...tumis bahan yg ditumbuk halus tadi hingga naik minyak
-masukkan cili giling...rempah kurma....tumis hingga naik minyak
-masukkan sedikit air....sos tomato...kicap manis ..biar mendidih seketika
-sesuaikan rasanya dan bila agak pekat tuangkan keatas ikan

ibu pulak masakkan sekali terus ikan tu bersama kuah dalam kuali...biar sekejap barulah diangkat

SINGGANG DAGING

Perut dah kenyang....alhamdulillah....kita layan je lah resepi ringkas...mudah dan membangkitkan selera..apatah lagi dicicah ngan budu...fuuuhhhh..
Bahan-bahan
300g daging dihiris nipis
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 hiris lengkuas
sedikit biji ketumbar
gula kabung ( gula biasa pun bleh je )
asam keping
air secukupnya
garam
budu

Cara-cara
-bawang merah , bawang putih dan halia dihiris nipis
-masuk semua bahan kecuali asam keping dan budu
-biar mendidih dan reneh hingga daging empuk
-masukkan asam keping, budu dan garam
-sesuaikan rasanya bleh la diangkat
-kalau suka buleh letak daun ketumbar

JELLY KELAPA

Sedaaaap btul buka puasa hari pertama semalam dengan jelly kelapa ni...sejuuuuukkkkk je rasa anak tekak ni....memang ibu dah lama mengidam nak buat jelly kelapa ni...semalam balik pada sekolah terus beli air kelapa...hah ambik kau...RM9 untuk 3 biji....udah RM3 sebiji...rasanya sebelum ni harga sebiji kelapa muda baru RM2.50....ishhhhh sabar je la
resepi ibu cedok dari rumah cik ros si jintanmanis..resepi asal dari kak nor....terima kasih ros ngan kak nor ye....ibu cut n paste je lah...




Jelly KelapaSumber resepi: Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
3.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
4.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.