Tuesday, October 18, 2011

APAM J

Salam semua-semuanya....apam kali bukanla yang beru masak tadi ataupun semalam...ini n3 tertunggak ye...minggu lepas ibu menggodek apam ni...hari ni la yang freeeeeee nak upload..
kenapa APAM J....sebenarnya ni salah satu dari variasi apam gula hangus...resepi ni dapat dari kenalan ibu masa kat johor dulu...namanya kak Jamilah.Untuk mengingatkan resepi ni dia yg bagi...maka ibu abadikan huruf awal nama dia tu kat nama apam ni...maka dapatlah jadinya APAM J.....jom tengok resepi..
Bahan-bahan
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 cawan gula pasir - dibuat gula hangus dan dicampurkan dengan 1/2 cawan air
1 1/2 sudu teh soda bikarbonate
1 1/2 sudu besar susu tepung - larutkan dengan 1/2 cawan air ....susu takde la almaklum tak ada anak kecik....ibu gantikan dengan coffemate
sedikit esen vanilla

Cara-cara
-putarkan gula pasir dan telur sehingga putih dan gebu
-ayakkan tepung dan soda....masukkan sedikit demi sedikit kedalam bancuhan gula dan telur
-selang seli kan dengan bancuhan susu tepung
-masukkan gula hangus dan kacau rata
-sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan
-letakkan hanya 3/4 adunan
kukus 20 minit hingga 45 minit mengikut saiz acuan.

yang nampak berserabut je salji atas kepala apam tu bukanlah apa sangat...nak bagi lagi mengancam lah rasanya...konon-konon la tu...tapi memang rasa ada kelainan sikit..budak-budak pun suka...ibu sapukan kiwi filling pastu tabur ngan kelapa kering....try la

Sunday, October 02, 2011

KEK LEMAK STRAWBERY

Alhamdulillah sementara menanti pukul 3 petang...sempat juga ibu siapkan kek kecik ni.Nak kemana pukul 3 ? nak ke RnR Tapah ambil anak dara sorang tu balik dari Melaka.Terima kasih wat Ust Mat Ya dan rakan2 yang menjaga anak dara ibu ni pegi dan balik serta semasa berlangsungnya Majlis Khatam Quran Perdana anjuran KPM.nampak letih plak si kakak ni naik bas....lama sangat kut dalam bas tu...yang penting dapat pengalaman walau terpaksa menolak tawaran menduduki ujian kolej yayasan saad atas tiket biasiswa axiata...mungkin ada rezeki lain yang lebih baik...insya Allah...
iiissshhhhhh dah meleret-leret la plaknya...jom kita tengok resepi yuk...
Bahan-bahan
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula
3/4 cawan santan ( bli yg dlm kotak je )
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh strawbery paste

Cara-cara
-ayak tepung ngan baking powder dan ketepikan
-pukul gula dan telur hingga kembang dan gebu.
-masukkan esen vanilla serta strawbery paste
-masukkan tepung dan baking powder yang diayak berselang seli dengan santan
-kacau sebati
-masukkan dalam bekas dan bakar dengan suhu 170C selama 25 minit

bila kek dah sejuk...sapukan jem strawbery kat atas kek dan taburkan ngan kelapa kering...jadinya kek ni ada rasa lemak lemak santan dan kelapa kering..pastu rasa masam manis jem strawbery tu


PASTA SPIRAL

Taraaaaaa....pagi ni breakfast ngan benda alah ni...senang je...guna sos yg dah siap beli kat kedai...

Bahan-bahan
1/2 paket pasta spiral ( rebus dan toskan )
1 sudu besar cili boh
1/2 cawan isi ayam yg dikisar
3 ekor sotong
1/2 botol sos spaghetti kimball
sedikit kucai
garam dan gula

Bahan-bahan
-panaskan sedikit minyak
-tumis cili boh hingga masak...masukkan isi ayam kisar dan sotong..
-bila isi ayam dan sotong hampir masak ... masukkan sos spagetti kimbal
-tambahkan gula ( lebihkan sikit sbb nak cover rasa masam sos ) dan garam
-masukkan pasta serta sayur kucai
-goreng hingga kuah agak kering
-hidangkan bersama bawang goreng

ni lah dianya sos yang dimaksudkan....alhamdulillah yang ni ada tanda halal...

AYAM MASAK BALI

Salam semua.....ini sebenarnya n3 tertunggak.Ayam masak bali ni ibu buat masa open house aritu...baunya memang harum....ramai yang puji kata sedap....kredit wat amir oh malaysia ( tuan punya resepi )...cumanya ada sedikit ingkar sewaktu penyediaan...nak cepattttttt


Bahan-bahan
1 ekor ayam
6 ulas bawang merah ( ibu ganti ngan 2 labu bwg besar )
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sebuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan kasar
3 batang serai ( 2 dikisar, 1 diketuk )
kicap pekat
cili kering ( ikut rasa pedas yg diingini )
daun kari
daun limau purut
garam dan gula
asam keping
daun ketumbar ( optional )

Cara-cara
-kisar bawang, bawang putih, serai, cili kering,ketumbar dan jintan
-gaul ayam bersama bahan kisar dan kicap pekat ...perapkan
-panaskan minyakkan dlam kuali dan masukkan bahan perapan ( kalau ikut step amir lain ckit...ni ibu nak cpat...lambak semua dlm kuali )
-bila ayam separuh masak..masukkan daun kari, daun limau purut, asam keping
-perasakan dengan garam dan gula
-biar hingga kuah pekat
-kalau suka masukkan hirisan bawang besar serta daun ketumbar

lebih sedap jika dibiarkan semalaman...rempah akan lebih meresap kedalam ayam....yummm...yummmm sedap makan ngan nasi impit ataupun roti