Sunday, September 14, 2008

Soto Ayam


Bahan-bahan Sup
1/2 ekor ayam + seketul lagi dada ayam
Air secukupnya untuk rebus ayam dan dijadikan sup
rempah sup ( Adabi ) jadikan pes
1/2 sudu teh erbuk lada hitam
Garam

Bahan Tumis
1 labu bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih- hiris nipis
1/2 inci halis - hiris nipis
4cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Bahan Sampingan
Suhun- digoreng
kacang tanah-digoreng
Taugeh-dicelur..jangan lama-lama
Bawang goreng & Daun sup, Daun Bawang

Bahan Utama
Nasi Impit Laaa..apalagi ( Ibu guna ketupat mini je..senang..)

Cara-cara
-Tumis bahan-bahan tumis hingga kekuningan
-masukkan rempah sup yang telah dijadikan pes tadi..
-Tumis hingga naik minyak..masukkan air secukupnya
-Bila mendidih masukkan ayam dan lada hitam serta garam
-Biar hingga ayam masak.
-Keluarkan ayam..biar sejuk
-goreng ayam dengan api sederhana ( sekejap je..nak bagi hilang air sup tu..)
-Siat-siatkan isi ayam untuk dijadikan bahan tabur
-dah habis siat..tulang-tulang ayam tu masukkan semula kedalam periuk sup
-Boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan yang lain.

Soto ni kalau tak ada sambal kicap..tak ummpph..la..jadi Ibu buatkan sambal kicap jenis goreng punya..taklah pedas sangat dan baunya wangilah sikit..

Sambal Kicap
Cili Api ( ikut suka nak banyak mana ) - potong kecil-kecil
bawang putih
Kicap
gula
air limau kasturi

Cili api digoreng dengan minyak yang sikit ..agak garing bleh la angkat pastu goreng la pulak bawang putih ( sebiji-sebiji ).Masukkan dalam pengisar ( tak larat nak tumbuk ) sekali ngan air limau kicap dan gula..preeetkan sekali dua.dah siap.

2 comments:

marindamasdar said...

AKU NAK TRY BUAT PETANG NIH..HEH HEH HEH

IBU AUFA said...

macammana..udah jadi..benda mudah je..kalo tak jadi silap ko la tuuu..