Sunday, December 21, 2008

Hershey's Choc Cake

Resepi ni Ibu dapat masa jalan-jalan kat blog jun ( yummylicious...kalau tak silap le ejaannya tu.. )resepi simple dan mudah...hasilnya pun sedap..ala-ala kek coklat kukus yg Ibu selalu buat tu..Bahan-bahan
2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung
3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( Ibu rasa serbuk koko brand lain pun bleh gak..)
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas

Cara-cara
-Kacau gula, tepung, serbuk koko, baking powder, soda dan garam
-masukkan telur, minyak, susu ngan esen vanilla
-kacau sebati dalam 2 minit
-masukkan air panas dan kacau rata
-bakar hingga masak

Jun kata resepi ni dia ambik dr laman web Hershey's sebab tulah kot nama kek ni buh nama brand serbuk koko tu..kek yang masak tadi Ibu bahagi 2.1 bahagian Ibu deco ngan choc fudge resepi dr sajionline.Lama tak mendeko ni..tengok la senget-senget..jadinya

Wednesday, December 17, 2008

Rumah...rumah...

sehari dua ni tak ada yang special...cuma nak tempekkan hasil kerja ayah ngan ibu dari petang Isnin tadi sampai laaa...petang ni...



boleh laaa...walau pun bukan profesional punya tukang cat ..kira orait jugalah tangan kami bedua ni....

Monday, December 15, 2008

Gambarajah RBS

untuk kengkawan yang nak buat red bean stolen tapi teragak-agak caranya..kat sini Ibu letakkan gambar step by step nak buat RBS tu..gambar ambik dari blog ...blog sapa lagi..mamafami lah....mintak halal ye mamafami..

Red Bean Stolen

aaaaahhhhh....letih sangat hari ni..pagi-pagi tadi dah ke sekolah ( mulai minggu ni sampai bukak sekolah nanti..ni lah rutin pagi-pagi hari bekerja )..balik rumah masak..pukul 3 pegi ngecat rumah..sampai 6.30.Fuh! tak larat rasanya...sebelum ke sekolah tadi sempat la menghidangkan benda ni kat budak-budak betiga tu..ingat nak ambik resepi Diana MR tapi sukatan air takde la plak..jadi ambik dr mamafami ( mamafami ambik dr blog intan..kalau tak silap la ) apapun tq kat mamafamilah....menjadi gak red bean stollen den ni haaa...

Bahan-bahan
400gm tepung high protien
150gm air sejuk dari peti ais
60gm gula
25gm mentega
11gm yis kering ( ibu guna 1 paket mauripan )
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh susu tepung ( ibu hentam sampai 1 sudu makan )
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
inti kacang merah secukupnya ( Ibu guna yang dah siap..beli kat kedai baking )

Cara-cara
-masuk semua bahan dalam breadmaker ( Ibu tak guna tangan ye..) pilih setting basic dought tekan 'on' dan tunggu sampai siap.
-dah siap ..keluarkan doh..rehatkan 10 minit ( sambil tu boleh bulat-bulatkan intinya )
-bahagi doh kepada 10 bahagian ( mamafami timbang doh tu..ibu maleh..)
-masukkan inti kemudian leperkan
-kelar bahagiam atas dengan pisau..pastu terbalikkan dan gulung
-biar dalam dulang pembakar antara 30minit hingga 45 minit ..baru lah dibakar
-Ibu bakar guna suhu 170 c selama 25 minit ( ikut oven masing-masing )

* resepi asalnya guna 800gm tepung tapi Ibu dah siap cut..sebab bread maker Ibu kecik je..nak uli pakai tangan lenguh plak karang

Sunday, December 14, 2008

Roti Kerca

Resepi ni dapat dari Blog Mamafami rasanya...mudah je.Ala-ala roti jala tapi lagi senang sebab tak payah teruk-teruk nak menjala.. tapi Ibu ada tambah sikit bahannya..serbuk kunyit.Sebab tu dia kaler kuning..tak la pucat lesi

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan - 3 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar marjerin @ butter
secubit garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam blender
-kisar sampai semua sebati
-dadarkan atas api perlahan
-bila masak ..angkat dan terus gulung
-gunting gulungan dadar tadi secara menyerong
-hidang bersama kari daging

Saturday, December 13, 2008

Muffin Blueberry

Ish....rajinnya hari ni..sebelum masak untuk makan tengahari tadi sempat Ibu buat muffin.Mak Ndak call kata nak datang pastu siap sebut lapar lagi..jadi Ibu teringat ada beli muffin mix kat Bake With Yen masa meeting kat KL ari tu..apalagi jadi lah...benda plak mudah je..cuma tambah telur ..susu..ngan minyak..Yang kaler biru tu saje Ibu tambah sendri..bagi nampak lg cun gitu..so resepi takdelah ye sebab beli benda dah ready tinggal masak je..

Bubur Nasi

Ni plak Ibu buat untuk sarapan pagi tadi..bubur nasi ringkas je..tapi kalau kena ngan tekak..sedap....Bahan-bahan Bubur
1 cawan beras basuh bersih ( Ibu rendam semalamam supaya bila masak cepat jadi bubur )
5 cawan air ( boleh ditambah jika beras masih belum hancur )
1 cawan daging yang dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
1/2 inci kulit kayu manis
garam

Bahan-bahan Goreng
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang serai yang diketuk-ketuk
*semua bahan kecuali serai dihiris halus

Cara-cara
-masak semua bahan untuk bubur sehingga masak dan perasakan dengan garam
-bila dah masak tutupkan api
-goreng bahan-bahan goreng hingga kekuningan dan tuang atas bubur nasi
-kacau sebati
-bolehlah dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng

Dadih

Kerja memasak pertama yang dilakukan selepas balik dari kampung petang Khamis tadi.Anak-anak Ibu memang suka ngan dadih ni..dulu-dulu bersusah payah juga membuatnya walaupun mudah tapi sekarang dah ada yang mudah lagi senang.Ibu guna dadih segera je..mudah dan cepat..... Ibu masak malam tadi sebelum tidur..
Yang ini Ibu buat perasa Keladi..boleh tengok bungkusan dadih segera kat bawah ni..macam-macam perisa ada.....

Tuesday, December 02, 2008

Kerja-kerja

Buat apa tu Kak Zulfa........

Kak Saadiah ngan Kak Sal tengah menyusun bahan...



Pengumuman.....

Ibu tak jadi nak cuti...sebelum balik Kg Ayah Jumaat lepas... dapat on call dari penyelia Pend Islam sruh pegi meeting kat KL.so sekarang ada kat KL la..sampai semalam lagi...meeting mula malam..sampai pkul 2.15 petang jadi Ibu round2 area dekat2 situ ngan Kak Saadiah and Kak Dibah ( kawan -kawan veteran Ibu tu...) Kak Dibah bawak pegi satu tempat yg memang Ibu teringin sangat nak pegi...Bake With Yen ...macam kat Wah Seng Ipoh ..tapi lepas lah hajat nak tengok BWY tu..TQ Kak Dibah...banyak juga la yg Ibu beli..balik ni kena baking la dulu sebelum balik Baling..

Thursday, November 27, 2008

Selamat Hari Raya Haji


Mulai esok..Ibu rehat dari mengadap blog ni...Ibu nak balik kampung ayah kat Baling sampai la raya haji ... so pada kengkawan semua selamat hari raya dan maaf zahir batin.Jumpa lagi lepas raya haji nanti

Bubur Jagung Dengan Keledek

Bubur ni Ibu buat petang semalam...memang angin malas sedang melanda tapi terpandangkan jagung mutiara pemberian kawan maka Ibu buat la bubur ni...benda dah ada karang membazir la plak..Ibu campur dengan keledek madu

Bahan-bahan
4 tongkol jagung ( asing biji jagung dari tongkolnya )
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 senduk gula ( boleh tambah atau kurang ikut rasa masing-masing )
secubit garam
daun pandan
keledek madu yang telah direbus

Cara-cara
-rebus jagung dengan gula dan air hingga jagung empuk
-masukkan santan pekat, ubi keledek dan garam juga daun pandan
-reneh dengan api perlahan hingga santan mendidih
-jangan biar mendidih terlalu lama nanti santan pecah minyak
-boleh lah dihidangkan

Wednesday, November 26, 2008

Gulai Lemak Buah Cipang

Ayah dah ke Cameron Hihglands pukul 12 tengahri td..meeting sampai Jumaat.Ibu pun mula malas le nak masak.Pegi kedai tadi beli buah cipang buat gulai lemak ngan ikan masin.Simple je tapi 3 pinggan nasi habis..dapat plak ikan rebus goreng..jalan..Bahan-bahan
Buah Cipang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
15 biji cili padi ( nak pedas lagi bleh tambah bilangan cili padi tu )
2 ekor ikan masin
1 sudu teh serbuk kunyit
sebatang serai dititik
1 cawan air
1 cawan santan
asam keping
garam

Cara-cara
-kupas buah cipang dan dipotong
-tumbuk bawang,cili padi dan serbuk kunyit hingga lumat
-panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga naik bau
-masukkan buah cipang,ikan masin dan air...biar hingga buah cipang empuk
-masukkan santan dan asam keping
-bila mendidih perasakan dengan garam
makan dengan nasi panas....

Ijam,Kak Aini ngan Anak-anak

Semalam Ibu satu family pegi Ipoh...ayah ada hal kat Greentown ..pastu buat perjumpaan ngan kawan kami sejak kat MPTB lagi...( lama dah tu...hampir 15 tahun dah kenal )..kitaorang lepak-lapak kat tmn dr..pastu pegi Jusco and last sekali pegi makan kat dataran MBI..nak jadi citer time makan tu hujan la plak...ayah smpai kena guna payung...Ibu relax je..janji boleh suap masuk mulut..memang kami setahun sekali je jumpa...member Ibu ni duk Serawak..tahun depan kata baru nak isi borang mintak balik semenanjung..Ijam dekat je...orang Kuala..Kak Aini orang Trengganu...Pukul 2 mula jumpa..balik kat pkul 10 malam..walaupun jumpa setahun sekali tapi budak-budak ni macam dah tiap-tiap hari jumpa...takde segan-segan punya...

Ni gambar mak pada budak-budak kat atas tu...masa bujang dulu yg sebelah kiri tu rasanya besar lagi...sekarang terbalik la pulak...salah sapa la ni..

kat bawah ni..ayah-ayah mereka..yg kanan tu dari dulu smpai sekarang sama besar je....

tengok tu ayah ...makan sambil pegang payung...

Tahniah Buat Chuin

Ucapan tahniah dari Ibu buat kawan Ibu yang sorang ni kerana telah berjaya buat blog sendiri...sape-sape nak tengok blog dia boleh lah layari alamat ni...http://chuain.blogpot.com ( terutama yg tengah cari cameraman untuk majlis perkahwinan )

Sunday, November 23, 2008

Nasi Goreng Petai

Dah lama tak makan...jadi pagi tadi buat sarapan ni lah...khas buat ayah yang baru balik Langkawi malam tadi...Selasa depan pegi Cameron plak..meeting lagi...tulah cikgu-cikgi zaman sekarang..mana ada cuti...yang cuti tu murid-murid je

Bahan-bahan
5 cawan nasi
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan petai
cili padi ( ikut tahap kepedasan masing-masing )
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kiub pati ikan bilis
sebiji telur
garam

Cara-cara
-goreng ikan bilis dahulu dan asingkan
-tumbuk bawang dan belacan hingga lumat
-tumbuk pula cili padi setakat pecah-pecah sahaja
-tumis bahan yang telah ditumbuk lumat hingga garing
-masukkan kiub pati ikan bilis..gaul rata
-masukkan nasi..ikan bilis dan petai...gaul rata..perasakan dengan garam
-pecahkan telur dalam nasi ..gaul rata dan goreng hingga masak
-bolehlah dihidangkan

Ibu buat 5 cawan sebab bilangan ahli rumah ramai...jadi pandai-pandai adjust la pada sapa-sapa yang nak buat sikit.

Thursday, November 20, 2008

Muffin Oat

Buat untuk breakfast pagi tadi...resepi asal dari majalah Nur keluaran Mac 2004.Dah banyak kali dah Ibu buat, resepi simple dan berkhasiat


Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 cawan oat
buah-buahan kering ( jika suka )
1/2 cawan gula
1 sudu besar baking powder*
1 cawan susu rendah lemak ( ibu guna perisa coklat )
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coklat emulco
* diayak

Cara-cara
-satukan tepung, oat, gula dan baking powder dalam mangkuk adunan
-masukkan susu, telur, minyak dan esen vanilla juga coklat emulco.
-kacau perlahan-lahan hingga rata dan sebati
-masukkan buah-buahan kering dan kacau
-tuang dalam mangkuk kertas
-bakar pada suhu 200'c selama 20 minit

Sunday, November 16, 2008

Kek Coklat Kukus


Kek ni Ibu buat untuk jamuan murid-murid Tahun 6 ( atas permintaan Miza ) bersekali dengan jamuan Tahun 1.Ibu buat dalam bekas kecil untuk murid-murid tu..senang tak payah nak dipotong-potong.Untuk cikgu-cikgunya Ibu buatkan dua biji yang besarla ( tak la besar mana sangat..sedang-sedang je..) Resepi ni Ibu dapat dari majalah Muslimah..

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula ( Ibu cukupkan secawan )
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
* Bahan-bahan diayak dahulu

Cara-cara
-campurkan semua bahan kecuali minyak dan air panas
-gaul semua bahan hingga rata dan sebati baru campurkan minyak
-selepas adunan sebati baru masukkan air panas dan kacau biar sebati
-panaskan kukusan...bila air mendidih masukkan adunan yang telah diletakkan didalam acuan ( pastikan adunan hanya 1/3 acuan sahaja )
-kukus hingga masak ( masa berdasarkan saiz acuan..kalau mangku kecil tu antara 20 hingga 25 minit..kalau loyang besar antara 50 hingga 60 minit )
-biar sejuk baru letakkan topping

Bahan Topping
1 cawan serbuk koko ( ayak dahulu )
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak

Cara-cara
-gaul semua bahan dalam periuk
-bila semua bahan dah sebati letakkan atas api perlahan dan kacau
-kacau selalu hingga bahan berkilat dan tidak berapa likat
-bolehlah dihias tasa kek yang telah sejuk tadi

bila semua dah siap boleh lah masukkah kek dalam peti sejuk..kek ni lebih sedap makan jika disejukkan. Cuba lah....

Cuti Datang lagi....

Jumaat tadi ( 14 Nov 2008 ) hari terakhir sesi persekolahan tahun 2008.Memang seronok bila dengar cuti..tapi budak-budak je yang seronok..cikgu-cikgunya still kena pegi sekolah.Cuti ni jugak rasanya yang paling penat sekali sebab Ibu nak kena kemas barang..insya Allah nak pindah..apapun buat semua geng cikgu " Selamat Bercuti "

Friday, October 31, 2008

Jeruk Mempelam

Dua hari lepas .. masa sidai kain..Ibu ternampak la buah mempelam ni..tak perasan lak dia berbuah.pokok mempelam Ibu ni ganjil sikit..berbuah sepanjang tahun tapi tak banyak sebabnya dia berbuah bukan sekata..kejap berbuah kat belah kiri..kejap kat kanan..kejap arah matahari terbit..tu kekadang tak perasan..lepas habis sidai kain terus je kait .. teringat plak nak buat jeruk ..Jadi hari ni dah bleh makan dah jeruk Ibu ni..


Bahan-bahan
5 biji mempelam sederhana besar ( yg muda lah ye..mempelam masak mana bleh dijeruk )
1/4 cawan garam
3 cawan gula
1 cawan ais krim soda

Cara-cara
-buah mempelam dibuang kulitnya kemudian dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki
-letak buah yang telah dipotong tadi kedalam besen atau apa-apa bekas yang sesuai untuk merendam
-masukkan air panas ke dalam bekas yang berisi buah mempelam tadi .. biar sampai terendam kesemua buah
-rendam lebih kurang 15 minit( jgn lebih masa ye karang..lembik plak mempelam tu..)
-toskan buah mempelam tadi dan jirus ngan air biasa untuk hilangkan wap panas tu
-masukkan air biasa serta garam dan letak semula buah tadi dalam air garam plak ( sukatan air hendaklah sampai buah tersebut terendam kesemuanya )
-biar dalam air garam lebih kurang 6 jam ( lebih sikit pun tak pa ) lepas tu toskan buah tu..
-3 cawan gula tadi di larutkan ngan air ( ibu guna air masak ) sukatan air tu sama je iaitu sampai semua buah terendam..pastu campur dengan ais krim soda
-masukkan buah mempelam tadi dalam bancuhan air gula dan bolehlah disimpan
-dalam masa dua hari bleh la makan...

Monday, October 27, 2008

Kek Batik Biskut Marie

Ni Ibu buat untuk si Mak Ndak budak-budak ni ..esok nak bawak pegi jamuan kat tempat kerja dia..resepi ni boleh buat main taram je...macam-macam versi ada tapi rasanya ni paling mudah lagipun tak guna telur
Bahan-bahan
2 bungkus biskut marie ( Ibu guna sebungkus yang biasa dan sebungkus yang rasa coklat )
250g butter
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
5 sudu besar madu
1 cawan oat
1/2 cawan badam cincang ( boleh tukar dengan benda lain mcm kacang tanah ke..)

Cara-cara

1.Cairkan mentega ( Ibu masak dalam kuali besar..senang nak kacau ) 2.Bila butter dah cair masukkan serbuk koko, milo, susu cair, susu pekat ngan madu...kacau sampai sebati dan mendidih-Bila dah mendidih masukkan oat dan badam..kacau rata masukkan biskut 3.Kacau hingga semua biskut bersalut ngan adunan coklat tadi 4.Padamkan api..cari bekas yang sesuai..masukkan yang ada dalam kuali tadi ke dalam bekas dan tekan-tekan bagi rata-sejukkan baru boleh di potong..

Ikan Bilis Goreng Asam

Bahan-bahan
Ikan Bilis ( basuh bersih dan goreng)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Garam dan gula
Air asam jawa
Air
Cili

Cara-cara
-Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris
-Bila agak garing masukkan cili dan tumis lagi
-Masukkan ikan bilis , air asam jawa dan sedikit air..biar mendidih
-Perasakan dengan garam dan gula
-Hidangkan dengan nasi panas..

Sebenarnya ni lauk Ibu masak makan malam semalam...balik dari Ipoh tengok Ihtifal PASTI ( si Kazim masuk nasyid ) mudah dan cepat..

Friday, October 24, 2008

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Hari ni tak memasak lagi lah Ibu ni...lepas jumaat tadi Ibu ada Majlis Hari Raya anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Perak..kali ni Daerah Hilir Perak jadi tuan rumah..nasiblaaa dekat..buat kat Chenderong Balai je..yang rasminya Penaung PPIM Negeri Perak Yg Berbahagia Datin Seri DiRaja Dato' Hjh Kamariah Hj Mokri...

Tengok la member Ibu ni..sempat lagi posing ngan Datin Seri...
Dah nam jamuan raya..hidangan pun banyak ..tapi yang ini je yang mampu Ibu hadapi..ikut hati nak lahap semua..tapi apakan daya..perut tak muat
tapi yang nampak paling menyelerakan yang ni lah..kek coklat ( teringat plak lama dah tak buat...) rasa ? not bad..
tengok la tengah makan pun boleh bergambar..senyum...

dan yang paling best...sebelum mengundur diri..dapat 'bontrot' lagi...

Tuesday, October 21, 2008

Leek Goreng Siakap


Bahan-bahan
3 batang leek sederhana besar ( potong memanjang )
1/2 cawang isi siakap yang telah dihiris-hiris
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar air
1 biji lada benggala
1 biji limau kasturi
garam dan lada sulah

Cara-cara
-tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan
-masukkan isi ikan dan goreng hingga 3/4 masak
-masukkan leek, kicap, sos tiram, air, garam dan lada sulah
-goreng sebentar ( jangan terlalu lama nanti sayur layu..ikan plak hancur )
-akhir sekali masukkan lada benggala..matikan api dapur baru perahkan limau kasturi atas sayur
-kacau rata dan boleh lah dihidangkan panas-panas

Ni sayur bawak balik dari Cameron aritu...tapi tak pegi Cameron pun bleh beli sayur ni...ada kat mana-mana

Monday, October 20, 2008

Rindu Kat Adik...

Ni la si kecik Ibu...dah dua malam adik takde kat rumah..Sebenarnya Adik kat rumah Tok Jah..Ibu hantar kat sana lepas turun dari Cameron...Opah Siah ngan Tok Saleh mintak cuti pegi KL..jadi terpaksa la Ibu hantar kat rumah Tok Jah...sunyi Adik takde kat rumah...rasa kurang je...

Cameron Highland

Sabtu ngan Ahad tadi Ibu ke Cameron..ada family day kat sana..siap bermalam lagi kat Brincang ( semua di tanggung )...jadi takde la akt memasak..akt berjalan laaa.. ni Lata Iskandar..on the way nak ke sana ( ikut Tapah..kalau ikut Simpang Pulai..sampai bila pun tak jumpa..) tengok kecilnya manusia ....
bergambar kat kaktus gedabak ni haa...brape tahun la nak besar camni..
ni kat taman rama-rama...tapi yang ada cuma spesis tu je...tak best la...bayar RM 5 yang ada cuma tu je...adala haiwan lain cam ular..katak..kumbang gergasi...tapi dah namanya taman rama-rama ...bagi la rama-rama tu banyak jenis
tau tak pokok apa ni...kobis...tak nampak kobisnya ( Ibu curi-curi tangkap masa kat dalam Taman Rama-rama tu...)
Sebenarnya dah banyak kali Ibu pegi..tapi kali ni pegi free...kena la buat catatan sikit...

Ladang Teh

Ni la dia pokok teh...

Posing kat kebun teh..BOH punya..




Tuesday, October 14, 2008

Puding Roti

Puding ni Ibu buat atas permintaan Chuin haritu ...cumanya Chuin dapat resepi je lah...tak dapat nak hantar bagi rasa...

Bahan-bahan
7 keping roti putih
satu tin susu cair
5 biji telur - gred c ( kalau gred A guna 4 biji pun dah ok )
2 sudu teh esen vanilla ( hilangkan bau hanyir telur tu..)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air


Cara-cara
-carik-carikkan roti dan letakkan dalam bekas
-tuang susu cair dan tekan-tekan roti tadi biar tenggelam dalam susu
-biar roti tersebut tenggelam dalam 30 minit ( don't worry..tak lemas punya )
-separuh dari sukatan gula dibuatkan gula hangus...Ibu guna loyang yang boleh letak atas api...lagi senang..letak gula dalam loyang..biar dia cair dengan api perlahan...bila dah warna kuning emas tu..padamkan api..kalau lambat nanti dia hangit..pastu biar sejuk
-lepas 30 minit..masukkan dalam blender benda-benda lain...telur, gula, esen vanilla, roti dengan susu yang direndam tadi dan juga air...blender sampar lumat.
-tuang atas gula hangus dalam loyang tadi..kukus antara 40 minit hingga 1 jam
-bila masak...sejukkan sebentar pastu tonggengkan dalam bekas lain...tu yang nampak bahagian atas tu kaler lain..baru nampak cantik sikit...masuk dalam peti sejuk..apa jenis puding pun makan sejuk-sejuk lagi sedap...

haa...Chuin cuba tau..yang nilah..yang Chuin rasa dulu-dulu tu...bukan puding karamel..puding roti..

Sunday, October 12, 2008

Nasi Lemak Kinjang


1.Bahan Nasi
2 cawan beras ( basuh bersih dan toskan )
2 1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
sebatang serai - diketuk
sekuntum bunga lawang
garam
* dihiris halus
Cara-cara
-masukkan beras dan santan dalam periuk dan masakkan ( Ibu guna periuk nasi letrik )
-dalam kuali tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan bunga lawang hingga kekuningan
-tuang bahan tumis kedalam periuk nasi tadi, masukkan garam dan biar hingga nasi masak.
2.Bahan Sambal
5 ekor sotong ( bersihkan dan dipotong-potong )
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit belacan*
5 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
garam
gula
*ditumbuk lumat
Cara-cara
-tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
-masukkan cili dan tumis hingga naik minyak
-masukkan sotong, sos, kicap dan sedikit air
-biar hingga sotong masak
-perasakan dengan garam dan gula
boleh la dihidang bersama telur dadar dan daun selom...habisss buat sarapan pagi tadi..maklum lah semalam satu hari tak makan nasi..

Saturday, October 11, 2008

Selamat Hari Raya

Lama Ibu tak kemaskini blog Ibu ni..lepas cuti raya ( minggu ni laaa..) sibuk btul ngan RIMUP( sape tak tau RIMUP tu ape bleh tanya ) aktiviti memasak pun blum mula lagi...pun begitu tak terlambat lagi rasanya untuk Ibu ngan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog Ibu ni...

Open House Rumah Mummy

Tengahari tadi pegi open house rumah mummy kat Kalumpang.Ibu yang bawak kereta sebab ayah sakit tengkuk.

Mummy siap pasang khemah lagi..datang-datang tengok ada staff Mummy ringan tulang datang tolong...Tok Jah pun ada ( dari malam tadi lagi...) tengok la apa menu yang ada..

Pastu tu ada burger ngan ayam bakar..mula-mula bakar bawah pokok tapinya hujan la plak tiba-tiba...tu pindah wat depan rumah..takde kuali leper..daddy wat ngan kuali biasa..tu pun jadiiii..

Ni plak antara tetamu yang datang...






Monday, September 29, 2008

Manik lagiii..


Ni hasilan kedua..namanya 'manik insang pari '....buat kat baju Ibu..