Sunday, November 16, 2008

Kek Coklat Kukus


Kek ni Ibu buat untuk jamuan murid-murid Tahun 6 ( atas permintaan Miza ) bersekali dengan jamuan Tahun 1.Ibu buat dalam bekas kecil untuk murid-murid tu..senang tak payah nak dipotong-potong.Untuk cikgu-cikgunya Ibu buatkan dua biji yang besarla ( tak la besar mana sangat..sedang-sedang je..) Resepi ni Ibu dapat dari majalah Muslimah..

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula ( Ibu cukupkan secawan )
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
* Bahan-bahan diayak dahulu

Cara-cara
-campurkan semua bahan kecuali minyak dan air panas
-gaul semua bahan hingga rata dan sebati baru campurkan minyak
-selepas adunan sebati baru masukkan air panas dan kacau biar sebati
-panaskan kukusan...bila air mendidih masukkan adunan yang telah diletakkan didalam acuan ( pastikan adunan hanya 1/3 acuan sahaja )
-kukus hingga masak ( masa berdasarkan saiz acuan..kalau mangku kecil tu antara 20 hingga 25 minit..kalau loyang besar antara 50 hingga 60 minit )
-biar sejuk baru letakkan topping

Bahan Topping
1 cawan serbuk koko ( ayak dahulu )
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak

Cara-cara
-gaul semua bahan dalam periuk
-bila semua bahan dah sebati letakkan atas api perlahan dan kacau
-kacau selalu hingga bahan berkilat dan tidak berapa likat
-bolehlah dihias tasa kek yang telah sejuk tadi

bila semua dah siap boleh lah masukkah kek dalam peti sejuk..kek ni lebih sedap makan jika disejukkan. Cuba lah....

No comments: