Thursday, November 27, 2008

Selamat Hari Raya Haji


Mulai esok..Ibu rehat dari mengadap blog ni...Ibu nak balik kampung ayah kat Baling sampai la raya haji ... so pada kengkawan semua selamat hari raya dan maaf zahir batin.Jumpa lagi lepas raya haji nanti

Bubur Jagung Dengan Keledek

Bubur ni Ibu buat petang semalam...memang angin malas sedang melanda tapi terpandangkan jagung mutiara pemberian kawan maka Ibu buat la bubur ni...benda dah ada karang membazir la plak..Ibu campur dengan keledek madu

Bahan-bahan
4 tongkol jagung ( asing biji jagung dari tongkolnya )
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 senduk gula ( boleh tambah atau kurang ikut rasa masing-masing )
secubit garam
daun pandan
keledek madu yang telah direbus

Cara-cara
-rebus jagung dengan gula dan air hingga jagung empuk
-masukkan santan pekat, ubi keledek dan garam juga daun pandan
-reneh dengan api perlahan hingga santan mendidih
-jangan biar mendidih terlalu lama nanti santan pecah minyak
-boleh lah dihidangkan

Wednesday, November 26, 2008

Gulai Lemak Buah Cipang

Ayah dah ke Cameron Hihglands pukul 12 tengahri td..meeting sampai Jumaat.Ibu pun mula malas le nak masak.Pegi kedai tadi beli buah cipang buat gulai lemak ngan ikan masin.Simple je tapi 3 pinggan nasi habis..dapat plak ikan rebus goreng..jalan..Bahan-bahan
Buah Cipang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
15 biji cili padi ( nak pedas lagi bleh tambah bilangan cili padi tu )
2 ekor ikan masin
1 sudu teh serbuk kunyit
sebatang serai dititik
1 cawan air
1 cawan santan
asam keping
garam

Cara-cara
-kupas buah cipang dan dipotong
-tumbuk bawang,cili padi dan serbuk kunyit hingga lumat
-panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga naik bau
-masukkan buah cipang,ikan masin dan air...biar hingga buah cipang empuk
-masukkan santan dan asam keping
-bila mendidih perasakan dengan garam
makan dengan nasi panas....

Ijam,Kak Aini ngan Anak-anak

Semalam Ibu satu family pegi Ipoh...ayah ada hal kat Greentown ..pastu buat perjumpaan ngan kawan kami sejak kat MPTB lagi...( lama dah tu...hampir 15 tahun dah kenal )..kitaorang lepak-lapak kat tmn dr..pastu pegi Jusco and last sekali pegi makan kat dataran MBI..nak jadi citer time makan tu hujan la plak...ayah smpai kena guna payung...Ibu relax je..janji boleh suap masuk mulut..memang kami setahun sekali je jumpa...member Ibu ni duk Serawak..tahun depan kata baru nak isi borang mintak balik semenanjung..Ijam dekat je...orang Kuala..Kak Aini orang Trengganu...Pukul 2 mula jumpa..balik kat pkul 10 malam..walaupun jumpa setahun sekali tapi budak-budak ni macam dah tiap-tiap hari jumpa...takde segan-segan punya...

Ni gambar mak pada budak-budak kat atas tu...masa bujang dulu yg sebelah kiri tu rasanya besar lagi...sekarang terbalik la pulak...salah sapa la ni..

kat bawah ni..ayah-ayah mereka..yg kanan tu dari dulu smpai sekarang sama besar je....

tengok tu ayah ...makan sambil pegang payung...

Tahniah Buat Chuin

Ucapan tahniah dari Ibu buat kawan Ibu yang sorang ni kerana telah berjaya buat blog sendiri...sape-sape nak tengok blog dia boleh lah layari alamat ni...http://chuain.blogpot.com ( terutama yg tengah cari cameraman untuk majlis perkahwinan )

Sunday, November 23, 2008

Nasi Goreng Petai

Dah lama tak makan...jadi pagi tadi buat sarapan ni lah...khas buat ayah yang baru balik Langkawi malam tadi...Selasa depan pegi Cameron plak..meeting lagi...tulah cikgu-cikgi zaman sekarang..mana ada cuti...yang cuti tu murid-murid je

Bahan-bahan
5 cawan nasi
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan petai
cili padi ( ikut tahap kepedasan masing-masing )
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kiub pati ikan bilis
sebiji telur
garam

Cara-cara
-goreng ikan bilis dahulu dan asingkan
-tumbuk bawang dan belacan hingga lumat
-tumbuk pula cili padi setakat pecah-pecah sahaja
-tumis bahan yang telah ditumbuk lumat hingga garing
-masukkan kiub pati ikan bilis..gaul rata
-masukkan nasi..ikan bilis dan petai...gaul rata..perasakan dengan garam
-pecahkan telur dalam nasi ..gaul rata dan goreng hingga masak
-bolehlah dihidangkan

Ibu buat 5 cawan sebab bilangan ahli rumah ramai...jadi pandai-pandai adjust la pada sapa-sapa yang nak buat sikit.

Thursday, November 20, 2008

Muffin Oat

Buat untuk breakfast pagi tadi...resepi asal dari majalah Nur keluaran Mac 2004.Dah banyak kali dah Ibu buat, resepi simple dan berkhasiat


Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 cawan oat
buah-buahan kering ( jika suka )
1/2 cawan gula
1 sudu besar baking powder*
1 cawan susu rendah lemak ( ibu guna perisa coklat )
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coklat emulco
* diayak

Cara-cara
-satukan tepung, oat, gula dan baking powder dalam mangkuk adunan
-masukkan susu, telur, minyak dan esen vanilla juga coklat emulco.
-kacau perlahan-lahan hingga rata dan sebati
-masukkan buah-buahan kering dan kacau
-tuang dalam mangkuk kertas
-bakar pada suhu 200'c selama 20 minit

Sunday, November 16, 2008

Kek Coklat Kukus


Kek ni Ibu buat untuk jamuan murid-murid Tahun 6 ( atas permintaan Miza ) bersekali dengan jamuan Tahun 1.Ibu buat dalam bekas kecil untuk murid-murid tu..senang tak payah nak dipotong-potong.Untuk cikgu-cikgunya Ibu buatkan dua biji yang besarla ( tak la besar mana sangat..sedang-sedang je..) Resepi ni Ibu dapat dari majalah Muslimah..

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula ( Ibu cukupkan secawan )
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
* Bahan-bahan diayak dahulu

Cara-cara
-campurkan semua bahan kecuali minyak dan air panas
-gaul semua bahan hingga rata dan sebati baru campurkan minyak
-selepas adunan sebati baru masukkan air panas dan kacau biar sebati
-panaskan kukusan...bila air mendidih masukkan adunan yang telah diletakkan didalam acuan ( pastikan adunan hanya 1/3 acuan sahaja )
-kukus hingga masak ( masa berdasarkan saiz acuan..kalau mangku kecil tu antara 20 hingga 25 minit..kalau loyang besar antara 50 hingga 60 minit )
-biar sejuk baru letakkan topping

Bahan Topping
1 cawan serbuk koko ( ayak dahulu )
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak

Cara-cara
-gaul semua bahan dalam periuk
-bila semua bahan dah sebati letakkan atas api perlahan dan kacau
-kacau selalu hingga bahan berkilat dan tidak berapa likat
-bolehlah dihias tasa kek yang telah sejuk tadi

bila semua dah siap boleh lah masukkah kek dalam peti sejuk..kek ni lebih sedap makan jika disejukkan. Cuba lah....

Cuti Datang lagi....

Jumaat tadi ( 14 Nov 2008 ) hari terakhir sesi persekolahan tahun 2008.Memang seronok bila dengar cuti..tapi budak-budak je yang seronok..cikgu-cikgunya still kena pegi sekolah.Cuti ni jugak rasanya yang paling penat sekali sebab Ibu nak kena kemas barang..insya Allah nak pindah..apapun buat semua geng cikgu " Selamat Bercuti "