Wednesday, November 26, 2008

Gulai Lemak Buah Cipang

Ayah dah ke Cameron Hihglands pukul 12 tengahri td..meeting sampai Jumaat.Ibu pun mula malas le nak masak.Pegi kedai tadi beli buah cipang buat gulai lemak ngan ikan masin.Simple je tapi 3 pinggan nasi habis..dapat plak ikan rebus goreng..jalan..Bahan-bahan
Buah Cipang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
15 biji cili padi ( nak pedas lagi bleh tambah bilangan cili padi tu )
2 ekor ikan masin
1 sudu teh serbuk kunyit
sebatang serai dititik
1 cawan air
1 cawan santan
asam keping
garam

Cara-cara
-kupas buah cipang dan dipotong
-tumbuk bawang,cili padi dan serbuk kunyit hingga lumat
-panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga naik bau
-masukkan buah cipang,ikan masin dan air...biar hingga buah cipang empuk
-masukkan santan dan asam keping
-bila mendidih perasakan dengan garam
makan dengan nasi panas....

No comments: