Friday, October 31, 2008

Jeruk Mempelam

Dua hari lepas .. masa sidai kain..Ibu ternampak la buah mempelam ni..tak perasan lak dia berbuah.pokok mempelam Ibu ni ganjil sikit..berbuah sepanjang tahun tapi tak banyak sebabnya dia berbuah bukan sekata..kejap berbuah kat belah kiri..kejap kat kanan..kejap arah matahari terbit..tu kekadang tak perasan..lepas habis sidai kain terus je kait .. teringat plak nak buat jeruk ..Jadi hari ni dah bleh makan dah jeruk Ibu ni..


Bahan-bahan
5 biji mempelam sederhana besar ( yg muda lah ye..mempelam masak mana bleh dijeruk )
1/4 cawan garam
3 cawan gula
1 cawan ais krim soda

Cara-cara
-buah mempelam dibuang kulitnya kemudian dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki
-letak buah yang telah dipotong tadi kedalam besen atau apa-apa bekas yang sesuai untuk merendam
-masukkan air panas ke dalam bekas yang berisi buah mempelam tadi .. biar sampai terendam kesemua buah
-rendam lebih kurang 15 minit( jgn lebih masa ye karang..lembik plak mempelam tu..)
-toskan buah mempelam tadi dan jirus ngan air biasa untuk hilangkan wap panas tu
-masukkan air biasa serta garam dan letak semula buah tadi dalam air garam plak ( sukatan air hendaklah sampai buah tersebut terendam kesemuanya )
-biar dalam air garam lebih kurang 6 jam ( lebih sikit pun tak pa ) lepas tu toskan buah tu..
-3 cawan gula tadi di larutkan ngan air ( ibu guna air masak ) sukatan air tu sama je iaitu sampai semua buah terendam..pastu campur dengan ais krim soda
-masukkan buah mempelam tadi dalam bancuhan air gula dan bolehlah disimpan
-dalam masa dua hari bleh la makan...

No comments: