Ni juga salah satu resepi yg timbul untuk menghabiskan roti yg dah nak expired...pada dibuang...membazir baik buat benda lain..btul tak...
Bahan-bahan
10 keping roti putih
1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
serbuk koko/milo 3 in 1 / apa-apa sebuk minuman coklat
Cara-cara
-roti dicarik-carik dan direndam bersama-sama susu cair dan air selama 1/2 jam
-selepas 1/2 jam..blender semua bahan sekali termasuk adunan roti yang direndam kecuali....serbuk minuman coklat.
-bila bahan dah lumat...bahagikan kepada dua
-satu adunan dicampurkan dengan serbuk koko/milo/minuman coklat ( apa-apa jenama )
-satu adunan lagi dibiarkankosong
-panaskan kukusan dan kukus selapis demi selapis hingga habis
-lapisan terakhir dikukus selama 45 minit dengan api sederhana.
-sejukkan sebelum dihidang
*jika guna serbuk koko..kandungan gula hendaklah ditambah 2 atau 3 sudu besar.
No comments:
Post a Comment