

Friday, July 17, 2009
Happy Birthday
Ni kek kawan Ibu tempah...nak bawak pagi ni...saja nak tayang kat semua...tak la cantik sangat..tapi bleh la..


Roti Kaya
Resepi ni ibu dapat kat blog rinnchan...kat mat gebu pun ada..kat noreen pun ada.asal namanya pandan kaya roll...tapi ubah sikit namanya sebab ibu ubah suai sikit resepi ni sebab ketiadaan stok kat dapur....nak resepi asal bleh tengok link blog kat tepi tu...roti ni Ibu buat rabu malam khamis aritu..
memang lembut dan sedap...tengok la tekstur roti ni...rasa lemak dan wangi je baunya..
sesuai untuk minum petang ngan breakfast...tapi pagi semalam semua buat bekal pegi sekolah..
350gm tepung high protien
50gm gula castor
30gm butter
1 sudu besar tepung susu ( guna susu aufa je )
1 biji telur
200gm air
3 sudu teh yis
20gm serbuk santan
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
beberapa titik pewarna kuning
kaya secukupnya
kelapa kering
Cara-cara
-masuk semua bahan dalam bread maker dan on kan ( pilih setting untuk doh )
-dah selesai..keluarkan dan tumbuk untuk buang anginnya
-bentukkan doh bulat-bulat...oleh kerana doh agak lembik..ibu guna sudu..letak dalam loyang yg telah digris...
-rehatkan doh dan biar naik sekali ganda..dlm 1 jam
-dah naik ...pipekan kaya atas doh dan tabur kelapa kering
-bakar pada suhu 180C selama 20 atau 25 minit


Tuesday, July 14, 2009
Jamu Selera
masa rehat kat sekolah tadi..ada jamuan makan...fuhhh...lauknya menambah selera..bertambah nasi..menambah berat...
kurma ayam...ikan bakar...pecal...kat bawah ni plak air asam..ikan masin ngan buah tembikai.
laksa pun ada......sebenarnya ni acara menjamu selera kengkawan dari penerima apc tempoh hari...benda biasa...dapat rezeki lebih sikit...belanja kengkawan.....alhamdulillah...


Hari Puteri Peringkat Negeri 2009
ni la alkisahnya...lama tak update..dengan pra perkhemahannya serta pengurusan murid...semuanya kerana hari puteri nilah...jumaat td pkul 11 pagi ibu bertolak ke ulu kenas..kuala kangsar...bawak peserta daerah ke perkhemahan sempena hari puteri ni..kali ni ppim kuala kangsar jd tuan rumah....lama tak berkhemah.....

Subscribe to:
Posts (Atom)