Monday, August 31, 2009

Bilis Goreng Berlada

Antara menu pembuka selera masa sahur...tak susah nak buatnya..dan bleh tahan seminggu gitu..tengok pada kelembapan suhu...kalau sejuk memanjang cepat le bercendawan..
Bahan-bahan
-50 gm ikan bilis
-1 biji ubi kentang-hiris nipis
-1 paket tempe-hiris nipis
-1/2 cawan kacang tanah
*bahan-bahan kat atas ni digoreng garing dan toskan
-4 sudu besar cili giling
-3 ulas bawang merang
-2 ulas bawang putih
-1/2 cawan bawang goreng
-asam keping
-garam dan gula

Cara-cara
-tumis bawang-bawang yg dihiris halus hingga kekuningan..masukkan cili giling
-tumis hingga naik minyak dan masukka gula serta asam keping
-perasakan sekali lagi dengan gula serta garam
-masukkan bahan yg telah di goreng...masa ni perlahankan sikit api dapur tu...karang tak pasal-pasal hangus
-gaul sebati semua bahan
-bila dan sebati masukkan bawang goreng...kacau lagi
-dah ok boleh la diangkat serta dihidangkan

No comments: