Sunday, September 06, 2009

Kerabu Taugeh

Ni bukan la menu bukak puasa semalam...semalam buat bubur nasi lagi...rasanya kerabu ni 2 hari sudah ibu buat cuma tak larat nak masukkan n3.Kadang-kadang kerabu ni panggil kerabu taugeh..kadang-kadang kerabu pucuk paku..kadang-kadang kerabu kerang...tak tau la mana satu btul tp yg pastinya tiga2 benda tu ada....
Bahan-bahan
1/2 ikat pucuk paku
1 cawan tauge
* dua benda kat atas tu celur dulu
1/2 cawan isi kerang yg dah direbus
1 labu bawang besar dihiris halus
2 sudu besar kelapa parut yg digoreng tanpa minyak hingga kekuningan
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar air limau kasturi ( agak2 la...jgn terlampau masam plak nanti kerabu tu )
2 hingga 3 sudu besar pati santan
5 hingga 6 biji cili padi ( nak pedas lagi bleh tambahkan )
sedikit belacan
sedikit halia
sedikit lengkuas
garam dan gula

Cara-cara
-cili padi , belacan , halia dan lengkuas ditumbuk lumat ( mcm nak buat sambal belacan )
-masukkan sambal dalam satu bekas agak besar untuk menggaul semua bahan
-campurkan dengan santan , kerisik , air limau , garam dan gula..gaul sebati
-bila rasa dah ok..masukkan taugeh , pucuk paku , kerang dan bawang besar..gaul rata-rata
-masukkan kelapa goreng tadi dan gaul lagi..bila dah rata semua bahan..dah ok la tu...bleh la di hidangkan

Pada sapa-sapa yg nak buat bkak puasa..jgn gaul awal sangat nanti tak sedap..tak rapuh dah taugeh tu...agak-agak dalam 15 minit lg nak buka baru gaulkan...

No comments: