Monday, June 06, 2011

KONTRAK SOSIAL

Salam semua...n3 kali ini ibu nak hebahkan berkenaan kontrak sosial.Terus terang ibu katakan,sebelum ibu sambung belajar ni..ibu tak tahupun apa bendanya 'kontrak sosial ' tu.Alhamdulillah disebabkan nak kena hantar assgment...dapat juga ibu tahu apa yang dikatakan dengan ' KONTRAK SOSIAL '.Dan ibu rasa semua warganegara Malaysia harus ambil tahu dan memahami apakah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL dan isi kandungannya.Secara ringkasnya kontrak sosial ini ibu rumuskan sebagai.....

Kontrak Sosial merupakan perjanjian persefahaman yang dipersetujui bersama antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu sewaktu menuntut kemerdekaan daripada British.Ianya lebih merujuk kepada Perkara 14-18 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan pemberian kewargenegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu dan Perkara 153 yang memberi hak istimewa rakyat kepada kaum bumiputera.Ianya boleh diistilahkan sebagai permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum kemerdekaan melalui satu persetujuan dikalangan rakyat dan pemimpin daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Kontrak Sosial merupakan watikah asas keadilan sosial negara.Ianya merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan kebudayaan.Oleh itu ianya dijadikan rujukan asas atas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini .Ianya memang wujud dalam sejarah negara dan perpaduan yang dicapai itulah mentakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni.
Di Malaysia, kontrak sosial lebih menjurus kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman antara masyarakat majmuk yang mendiami negara ini sejak dari dahulu lagi.Walaupun kontrak sosial tidak dimeterai sebagai perjanjian didalam perlembagaan tetapi antara elemen kontrak sosial sudahpun disuratkan didalam perlembagaan persekutuan.Ianya perlu difahami turun temurun kepada setiap generasi agar kontrak sosial ini dapat difahami sebagai satu asas kepada kehidupan yang aman, makmur dan bahagia.
Kesimpulannya, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan berasaskan perkongsian, kerjasama, toleransi dan bersatu padu yang diamalkan secara bijaksana dengan inspirasi membawa negara ke mata dunia sebagai negara maju.Tugas sebagai rakyat ialah menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak isu perkauman dan keganasan serta pada masa yang sama terus mengukuhkan ikatan agar lebih erat dan padu agar semua rakyat Malaysia merasa untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam merasa serta memacu ekonomi negara kearah lebih maju.


Eloklah kita sebagai warganegara Malaysia memahaminya bagi menjamin perpaduan.Kawan-kawan yang ingin mengetahui lebih lanjut barkaitan kontrak sosial bleh la klik link dibawah ni ye...

1.wikipedia
2.penerangan

No comments: