Sunday, September 21, 2008

Marble ShortBread

Ni pun ambil kat blog Cik Mat...sebelum ni ada try buat guna resepi orang lain..tapi shorbreadnya jadi liat la plak..buat yang ini..ok..sedap

Bahan-bahan
300g tepung gandum
125g gula halus ( ibu guna gula aising )
80g serbuk badam
250g mentega
110g susu tepung

Topping
350g coklat masakan
1 sudu teh shortening ( lemak sayur )
200g white cooking choclate

Cara-cara
-Satukan semua bahan untuk shortbread dalam satu mangkuk
-gaul adunan hingga menjadi doh yang lembut.
-alas acuan ngankertas minyak ( sebelum tu keluarkan alat pemotongnya )
-masukkan doh dalam acuan.tekan biar rata
-masukkan kembali alat pemotong kedalam acuan
-bakar dengan suhu 150C selam 20 minit.
-keluar dari oven.bila agak suam baru kelurkan alat pemotong
-biar shortbread betul-betul sejuk
-cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
-bila coklat cair masukkan shortening dan kacau hingga semuanya cair.
-tuang atas shortbread tadi dan ratakan.
-cairkan pula white cooking choc seperti coklat yang mula-mula tadi
-bila cair masukkan dalam piping beg ( ibu masukkan dlm plastik kecik je..pastu buatkan lubang )
-buatkan garisan memanjang atas coklat tadi.Guna lidi sate ..lorekkan ke kanan ke kiri secara melintang
-kemudian masukkan kembali alat pemotongnya..sejukkan hingga coklat keras barulah dikelurkan semula alat pemotongnya
-bleh la masukkan dalam bekas kedap udara..dan jangan letak kat tempat panas sangat ye

2 comments:

marindamasdar said...

Kak, aku tempah kat ko jelah. Nak carik mana pemotong tu. Kat rumah aku ni payah. Bukan dekat Ipoh or KL.

IBU AUFA said...

korang memang takleh nengok aku relax