Inilah hidangan tengahari tadi...pasal apa aaaa nak buat nasi briyani ni ? pasal dah selesai PTK kut..Ibu semalam ( 2 paper lg )..ayah tadi ( satu paper je )...ish..setahun 2 kali ambik..bila nak dpt 4 tak tau laaaa
Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi
2 sudu besar rempah briyani Baba's
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
seketul kiub pati ayam
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 hiris halia
1/2 cawan susu cair
sedikit kismis
1/2 kg udang - goreng separuh masak
air secukupnya
garam
Cara-cara
-rendam beras 30 minit
-masukkan beras dalam rice cooker bersama-sama dgn 2 cawan air serta 1/2 cawan susu cair 'on'kan periuk tu
-tumiskan bawang dan halia bersama-sama bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga hingga bawang kekuningan
-masukkan rempah kurma yang telah dicampur dengan air sikit serta garam
-tumis hingga naik bau..masukkan kiub ayam dan tumis lagi
-bila naik minyaknya masukkan 1/2 cawan air dan kacau
-pastu masukkan kedalam rice cooker tadi dan kacau supaya bercampur dengan beras.
-bila nasi hampir masak..masukkan udang dan kismis..kacau dan tutup semula periuk hingga nasi masak
Boleh la dimakan panas-panas dengan kurma ayam juga acar timun...habissssss
No comments:
Post a Comment