Yang lain sikit pasal kurma ni..ibu letakkan kelapa parut sikit...itu yang memekatkan kuahnyaBahan-bahan
1/2 kg ayam
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
bunga lawang
kulit kayu manis
1 1/2 paket rempah kurma ( Ibu guna Adabi )
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar kerisik
ubi kentang
cili hijau
asam keping
Cara-cara
-bawang dan halia ditumbuk kasar
-tumis bahan yang ditumbuk tadi,bunga lawang dan kulit kayu manis
-masukkan rempah kurma yg dibancuh ngan sedikit air
-tumis hingga naik bau dan masukkan ayam
-masukkan air serta ubi kentang dan masak hingga ubi hampir empuk
-masukkan santan.kerisik,asam keping dan kelapa parut..renihkan selama 10 minit dengat api sederhana
-perasakan dengan garam
-masukkan cili hijau , daun ketumbar dan buah tomato jika suka
-bila kuah agak pekat ..padamkan api dan boleh dihidangkan
No comments:
Post a Comment