Monday, June 15, 2009

Kek Buah Sukun

Kenal tak engkorang semua ngan buah ni....pada sapa-sapa yg blum tau ni buah apa..ni laa buah sukun..selalunya orang wat goreng idakpun kerepek..paling tidak bila dah masak ranum dibuat la plak cekodok..ibu wat balik 2 biji dari baling..ikut hati maleh nak bwak tp dah MIL kait kan..bawak la jugak
kalau buat cekodok mesti tak laku punya...jadi ibu wat kek...resepi kek ni ibu adaptasi dari kek pisang hasil adsweet mr ..ibu olah sikit..supaya jadi kek..jgn jd bengkang..


Bahan-bahan
3 cawan isi sukun yg dah masak ranum ( biasanya dah lembik skit )
1 cawan minyak masak
4 bj telur
2 cawan gula
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar
sedikit pewarna hijau - jika suka

Cara-cara
-blender isi sukun , susu segar dengan minyak hingga halus...tuang adunan ke dlm mangkuk
-blender telur,gula ngan esen vanilla hingga gula hancur
-tuang adunan telur kedalam mangkuk berisi adunan isi sukun
-ayak tepung,soda dan baking powder
-perlahan-lahan kaup balikkan kedalam mangkuk adunan td
-bila dah sebati bahagi 2 dan satu bahagian diwarnakan hijau
-letak dalam loyang dan kar dengan suhu 190C selama 50 minit.

rasanya????? bleh la..dah tak rasa sukun dah..bau pun tak ada..nak sedap ..cover ngan kiwi paste atau apa apa paste yg masam sikit...tabur dengan kelapa kering...

No comments: