Sunday, June 14, 2009

Masak Lemak Pisang Dengan Daging Salai

Hari ni buat gulai pisang...kebetulan bawak balik dari Baling banyak..pastu blum masak lg..jadi apalagi buat gulai laaa....

Bahan-bahan
Pisang Muda ( ibu guna pisang emas..pastu lupa nak timbang tp lebih kurang yg kat dalam gambar tu la..)
100 gm daging ( lumur ngan garam kunyit pastu salaikan..opppss Ibu salai dalm microwave je )
1 cawan santan pekat
1 cawan - 1 1/2 cawan air
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup ( nak senang taruk kunyit serbuk )
10 biji cili padi ( nak lg pedas bleh le tambah barang 10 @ 20 biji lg )
1 sudu besar kerisik
garam
asam keping
daun kunyit

Cara-cara
-siat-siatkan kulit pisang dan belah pisang ikut kreativiti masing-masing
-rendam dalam air sementara nak masak ( elak jgn lebam )
-tumbuk lumat bawang merah,bawang putih,kunyit @ serbuk kunyit dan cili padi
-larutkan bahan yang ditumbuk tadi ke dlm periuk bersama air
-masukkan pisang tadi dan masak hingga pisang hampir empuk
-hiris daging salai dan masukkan dalam periuk
-masukkan juga santan,kerisik,daun kunyit,asam keping dan garam
-perlahankan api dan biar mendidih hingga kuah pekat
-perasakan sekali lagi dengan garam
-bila dah ok bleh la padamkan api dan hidang ngan ikan gelama masin

No comments: