Friday, August 28, 2009

Kerang Tumis Taucu

Menu buka puasa semalam...asalnya nak buat rendang...tapi...bercintanya nak mengopek kerang ni...jadi ibu tukar resepinya..janji masak dan bleh makan....
Bahan-bahan
1 kg kerang ( bersihkan )
10 biji cili padi ...nak lebih pedas tambah la lagi
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan
1 sudu besar taucu
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu teh tepung jagung ( bancuh ngan sedikit air )

Cara-cara
-tumbuk belacan ngan cili padi..tak perlu lumat..setakat pecah-pecahkan cili je
-bawang merah..bawang putih ngan halia dihiris halus
-tumis bahan yg dihiris tadi hingga naik bau..masukkan plak bahan yg ditumbuk serta taucu
-kacau seketika...masukkkan kerang...kaup balikkan kemudian tutup kuali..biar dalam 5 hingga 10 minit
-kacau lagi ( kali ni dah ada kuah skit...) taburkan bawang besar...masukkan bancuhan tepung jagung tadi...kacau hingga kuah pekat..
-bleh la angkat dan hidangkan

Ibu tak letak garam kat resepi ni sebab taucu tu dah masin...tapi sapa-sapa yg kuat makan garam tu kna letak la garam...jgn banyak2...naik darah karang

No comments: