Wednesday, February 16, 2011

KEK COKLAT LAGI...

Lepas maghrib tadi terus je pegang pengayak ...tepung...telur....tenggek air dalam kukusan....maka sebelum nak tidur ni jadi la seperti dibawah ni....Alhamdulillah..ada lah anak2 ni bawak bekal esok...jadi kurang la sikit makan benda2 yang terlampau 'msg'nya.Lagipun kek ni memang kegemaran teramat bebudak nih...sementelah adik pun tengah demam...makan apa pun tak lalu...harap2 adik mau makan kek yg ibu buat ni....
resepi ni ...pun resepi ulang tayang gak...tapi takpe...ibu taip sekali lagi ye...( ha....terrrajin la ni )

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula ( Ibu cukupkan secawan )
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
* Bahan-bahan diayak dahulu
Cara-cara
-campurkan semua bahan kecuali minyak dan air panas
-gaul semua bahan hingga rata dan sebati baru campurkan minyak
-selepas adunan sebati baru masukkan air panas dan kacau biar sebati
-panaskan kukusan...bila air mendidih masukkan adunan yang telah diletakkan didalam acuan ( pastikan adunan hanya 1/3 acuan sahaja )
-kukus hingga masak ( masa berdasarkan saiz acuan..kalau mangkuk kecil tu antara 20 hingga 25 minit..kalau loyang besar antara 50 hingga 60 minit )
kali ni ibu buat dua adunan terus...haaaaa selambak kau....kali ni tak buat topping...kang sememeh plak...abis baju sekolah nanti....

No comments: