Wednesday, February 16, 2011

NASI PELANGI

Salam Maulidur Rasul buat semua....tak terlambat sangat rasanya...masih diterima lagikan ucapan ibu tadi....haaa sempena maulidur rasul semalam ( sempena bercuti sebenarnya...sbb br ada time nak masak special ckit ) ibu jamu rakyat2 kat dalam rumah ni ngan nasi pelangi walau warnanya tak secukup warna rainbow di kaki langit.....
Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi ( cuci bersih...biar terendam air selama 1/2 jam )
7 hingga 8 cawan air
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 kiub ayam
sedikit garam
daun pandan ( kalau ada laaaa... )

Cara-cara
-bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis
-tumis bahan hirisan hingga kekuningan ( kalau suka boleh tumis ngan minyak sapi )
-masukkan kiub , hancur2kan dan tambah sedikit air
-dalam periuk nasi ...masukkan beras, air, garam, daun pandan dan bahan yg telah ditumis
-kacau rata dan tekan butang 'on'
-tunggu hingga nasi masak
-titikkan pewarna keatas nasi...kemudian di kacau agar warna terpalit pada nasi
-sedia dihidang....


Nasi Pelangi ni rakyat jelata dirumah makan ngan papadom dan juga kurma ayam...kalau nak resepi kurma ayam ibu...klik kat sini ye...

No comments: