Sunday, June 12, 2011

AIS KRIM GORENG

Fuhhhh makan apa tu...nampak cam sedap sangat....jom tengok apa yang dirasa tu....
waaaaahhhhhhh.......ais krim goreng......patut la ber ia sangat makannya...nama pun ais krim...budak-budak memang suka la.Sebenarnya ais krim ni dah 2 hari ibu sediakan...duk keras dlm freezer tu je...petang tadi ni ibu gorengkan pulak...sekejap je...kejap masa menggoreng...kejap juga masa menghabis...


ibu ambik resepi ni kat rumah sapa ibu dah tak ingat...tapi rasanya kat rumah izah the muffin lover...sebab sehari dua ni duk mengulang ke rumah dia ...tengok muffin...sedaaaappppp.Cara nak buat pun senang je....roti putih ( gelekkan bagi nipis sikit ), ais krim ( perisa ikut kesukaan ), acuan untuk memotong roti jadi bulat ( contohnya gelas...ibu guna gelang pembentuk telur goreng nak wat burger ) - letak ais krim ditengah roti, lapiskan sekeping lagi roti diatas ais krim...potong roti menggunakan pemotong, simpan roti dalam freezer paling kurang pun semalaman. panaskan minyak ( mesti btul2 panas ) dan goreng roti yang sudah keras dari dlm freezer sekejap sahaja...agak2 kekuningan.


lepas goreng boleh terus makan sebab roti tu hanya panas diluar...didalamnya sejuk sebab ada ais krim...cuba lah...kanak-kanak mesti suka..

tapi ibu ada jumpa satu website tentang ais krim goreng nih....lain plak caranya...lain kali boleh cuba si mamat hairul ni punya cara....sapa nak tengok bleh klik sini.

No comments: