Monday, July 18, 2011

AYAM MASAK KICAP

Alhamdulillah....pada 10 Julai lepas ibu selesai menduduki exam untuk semester 1. Doa dan harapan ibu mudah mudahan ibu lulus......harap lulus je...sbb bkan baca buku sangat pun...tak sempat la...banyak kerja lain yg perlu diselesaikan dahulu...biarlah..barang yang lepas jangan dikenang...sudah jadi sejarah.....hari ni meh kita layan resepi ayam masak kicap istimewa ni...baunya pun harum....


Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong ikut kreativiti dan goreng separuh masak
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 hiris lengkuas
3 batang serai
sebiji buah keras
* bahan diatas dikisar lumat
bunga lawang dan buah pelaga
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
garam dan gula
sedikit air

Cara-cara
-tumis bahan kisar bersekali dengan bunga lawang dan buah pelaga hingga kekuningan dan naik baunya.
-masukkan pes cili dan tumis lagi hingga pecah minyak
-masukkan kicap sos cili dan sedikit air....kacau sebati dan masukkan ayam
-perasakan dengan garam dan gula...kemudian biarkan hingga kuah pekat
-akhir sekali jika suka boleh masukkan cili hijau potong untuk sedikit rasa pedas.

No comments: