Friday, July 29, 2011

MARBLE BREAD

Salam semua.....sehari dua ni rasa lapang sikit...mungkin nak dekat ngan ramadhan kot.....ari ni plak ibu cuti...bkan ibu je...satu sekolah cuti sebab petang semalam kami buat aktiviti MAJLIS SAMBUTAN HARI SEMANGAT BUAH. jadi ari ni adala rajin sikit...lagipun dah lama tak meroti nih...

nak mencuba resepi yang lain dari yang biasa ibu buat...ternampaklah hasil air tangan onigiri dari myresipi....nampak sedap je dan ringkas...maksudnya senang nak sediakan...jom kita tengok resepinya...



Bahan-bahan

200g tepung roti

50g tepung gandum ( ibu abaikan tepung gandum jd ibu tambahkan lg 50g tepung roti )

140ml susu segar

2 sudu besar gula ( ibu tambah lagi sesudu )

1 sudu besar mentega

secubit garam

1 sudu teh yis

1 sudu teh bread improver + 1 sudu teh bread softener ( optional ye )

1 sudu besar serbuk koko yg dibancuh dengan sedikit air ( ibu gantikan dengan choc emulco )


Cara-cara

-masukkan semua bahan dalam bm , pilih setting doh dan biar bm tu buat keje dia sampai selesai

-setelah selesai keje si bm tu...keluarkan doh dan bahagi kpd 2 bahagian...satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi dicampur dengan choc emulco...uli hingga rata

-kmudian campurkan dengan bahagian satu lagi dan uli bagi doh tersebut bercampur tetapi jgn sampai sebati

-letak dlm loyang dan biar doh naik sekali ganda

-bakar dengan suhu 150C selama 20 hingga 25 minit


sebenarnya onigiri punyai step tersendiri untuk me'marble'kan roti ni...tapi tuan punya diri ni nak try sendiri punya skil so ni la jadinya.....

No comments: