Tuesday, August 02, 2011

JELLY KELAPA

Sedaaaap btul buka puasa hari pertama semalam dengan jelly kelapa ni...sejuuuuukkkkk je rasa anak tekak ni....memang ibu dah lama mengidam nak buat jelly kelapa ni...semalam balik pada sekolah terus beli air kelapa...hah ambik kau...RM9 untuk 3 biji....udah RM3 sebiji...rasanya sebelum ni harga sebiji kelapa muda baru RM2.50....ishhhhh sabar je la
resepi ibu cedok dari rumah cik ros si jintanmanis..resepi asal dari kak nor....terima kasih ros ngan kak nor ye....ibu cut n paste je lah...




Jelly KelapaSumber resepi: Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
3.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
4.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.


No comments: