Sunday, October 02, 2011

KEK LEMAK STRAWBERY

Alhamdulillah sementara menanti pukul 3 petang...sempat juga ibu siapkan kek kecik ni.Nak kemana pukul 3 ? nak ke RnR Tapah ambil anak dara sorang tu balik dari Melaka.Terima kasih wat Ust Mat Ya dan rakan2 yang menjaga anak dara ibu ni pegi dan balik serta semasa berlangsungnya Majlis Khatam Quran Perdana anjuran KPM.nampak letih plak si kakak ni naik bas....lama sangat kut dalam bas tu...yang penting dapat pengalaman walau terpaksa menolak tawaran menduduki ujian kolej yayasan saad atas tiket biasiswa axiata...mungkin ada rezeki lain yang lebih baik...insya Allah...
iiissshhhhhh dah meleret-leret la plaknya...jom kita tengok resepi yuk...
Bahan-bahan
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula
3/4 cawan santan ( bli yg dlm kotak je )
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh strawbery paste

Cara-cara
-ayak tepung ngan baking powder dan ketepikan
-pukul gula dan telur hingga kembang dan gebu.
-masukkan esen vanilla serta strawbery paste
-masukkan tepung dan baking powder yang diayak berselang seli dengan santan
-kacau sebati
-masukkan dalam bekas dan bakar dengan suhu 170C selama 25 minit

bila kek dah sejuk...sapukan jem strawbery kat atas kek dan taburkan ngan kelapa kering...jadinya kek ni ada rasa lemak lemak santan dan kelapa kering..pastu rasa masam manis jem strawbery tu


1 comment:

mariani masdar said...

mana aku nak dapat strawberry paste ni? jem ke??