Thursday, December 22, 2011

SAMBAL TEMPE

salam semua....dua tiga hari ni my hubby sakit tekak terlampau...hinggakan nak buka mulut pun sakit. so dalam masa tu makan buur nasi jelah..tapi sianak-anak ni bila nampak si ayah makan bubur , diorang pun terloncat2 jugaklah nak makan bubur...jadi semalam buatlah bubur nasi berempah....tapi yang nak cerita arini pasal menu sampingan bubur tu...ibu buat kangkung goreng belacan ngan sambal tempe..sambal tempe ni dapat resepi dari adik...katanya belajar dari adik beradik belah suaminya...jom cuba...



Bahan-bahan
3 bungkus tempe - di goreng terlebih dahulu
1 cawan udang kering yg tidak dibuang kulitnya - cuci bersih dan digoreng dahulu
3 hingga 4 biji cili masak
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah tomato sederhana besar
secubit kiub ayam
4 biji cili padi - nak pedas lagi boleh tambah
minyak untuk menumis

Cara-cara
-blender cili masak, cili padi, bawang besar, bawang putih dan buah tomato hingga lumat.
-panaskan minyak dan tumis bahan yg di blender hingga naik minyak
-masukkan kiub ayam dan udang kering serta tempe
-perasakan garam dan gulanya
-goreng hingga kering ( kalau suka boleh masukkan petai sikit )

sedap dimakan dengan nasi panas.....nyum..nyum..nyum...

3 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

oooooo sedapnya

issnita said...

nampak sedaplah...
makan dengan nasi hangat bertambah-tambah x hengat....

..... said...

memangpun....maka tak ingatlah pinggang pun makin melebar..hi..hi..hi..