Saturday, February 23, 2013

TUN MUSTAPHA TOWER

pheeeewwwwwiiitttt......stop..stop..stop... aiseyyy...sila abaikan awek sabah tu ye....I nak tunjuk kat you alls bangunan kat belakang tu....ermmmm lebih kurang KOMTAR kat penang...tp ada uniknya....kalau dilihat dibahgian bawah bangunan ( tak nampak...dilindung dek ane kat belakang tu.....dah la I snap sekeping je ..grrrr...grrr ) seolah-olah mcm pokok yg dikapak-kapak kan kelilingnya...menanti untuk ditumbangkan je....kat bawah ni I letak ckit info pasal bangunan yg jadi salahsatu mercu tanda sabah ni...
 

Menara Tun Mustapha yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Akan tetapi, tarikan utama menara ini adalah restoran berputar "Atmosphere" di tingkat 18 yang merupakan satu-satunya restoran berputar di pulau Borneo. Menara Tun Mustapha senang dilihat jika anda berkereta ke utara Kota Kinabalu. ( I copy dari wikipedia je...hi hi hi )


1 comment:

rita asmaraningsih said...

hmm.. Kota Kinabalu is the wonderfull place.. Someday, I want to going there with my husbabd..