Wednesday, December 02, 2009

Nasi Goreng X'press

Ni menu malam ni....nasi goreng x'press ngan kek pisang...kebetulan Pak Cik budak-budak ni datang...lauk pauk tengahari td tingal sikit je.Cari-cari bahan jumpa perencah nasi goreng maggi ni.apalagi...masak la nasi untuk buat nasi goreng ni....
Bahan-bahan
4 cawan nasi
1/2 cawan isi ayam
2 batang sosej...dipotong-potong
1 labu bawang besar
sedikit sayuran
sepeket perencah nasi goreng lada hitam
sedikit kiub ayam

Cara-cara
-mayang bawang besar dan tumis dalam kuali
-bila bawang agak garing masukkan isi ayam...goreng sampai isi ayam masak
-masukkan kiub ayam...sosej....dan nasi
-goreng rata...masukkan sayuran dan perencah nasi goreng tadi
-kacau rata dan goreng dalam 10 minit.

bleh la dihidangkan.satu petua dari ibu...nasi goreng lebih mudah disediakan dengan menggunakan nasi panas berbanding nasi sejuk.nasi panas ni senang untuk dihancurkan berbanding nasi sejuk yg agak berketul dan keras.

No comments: