Showing posts with label Norman. Show all posts
Showing posts with label Norman. Show all posts

Monday, December 28, 2009

AFX 3522

Hari ni Ibu ngan Ayah ke balai trafik Tapah...pegi untuk urusan membawa keluar AFX 3522.Sebelum kebalai ..kami singgah hampir semua kedai motor..kut2 ada yg bleh pegi ambik AFX 3522 di balai..tp semua takde kenderaan...takpelah ayah kata...tak jauh sangat..jadi sorong je la...kesian ayah....

Ayah sorong bawak keluar dari dalam kaw balai....
kat depan balai trafik...ayah nak lintas jalan...depan tu balai polis biasa...
kat dalam pekan tapah...berpeluh jugalah nak sempai kedai tu...cadangnya nak baiki mana yg patut...bagi bleh bergerak elok sikit...bukan apa..ini jela yg tinggal...tak pelah....dah takdir Allah macamtu..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mu dik...Al-Fatihah...

Tuesday, December 22, 2009

Perginya Seorang Adik...

Adik Ibu yg ke lima...Mohamad Norman telah kembali ke rahmatullah pada 16/12/2009 jam 3.35 pagi di Hosp Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana pendarahan di kepala...hanya terlanggar kayu ketika bermotosikal dalam perjalanan ke lumut jam 10.45 pagi 15/12/2009...tanpa sebarang kecederaan fizikal yg teruk ...tidak sampai 24jam...namun telah sampai janji dari Allah...maka...pergilah dia diusia 22 tahun...Al-Fatihah buat adik tercinta.... Tak mampu untuk berkata apa-apa...hanya ucapan terima kasih buat semua yg datang menziarahi keluarga kami di Sungkai...


Kesedihan tetap terasa..entah sampai bila...namun kehidupan perlu diteruskan...Norman pergi selepas 8 tahun bapak pergi...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-dua...dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Amin.....