Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

BUBUR AYAM

Semalam ibu pergi sekodeng rumah kak yatie....nampak cam sedap je bubur ayam garing dia...untuk melepaskan teringin ( nak mintak malu la plak )...subuh-subuh alam tadi ibu dah bangun menyiapkan bubur nasi....pagi ni sarapan bubur lah nampak gaya nya...
Bahan-bahan bubur nasi
1 cawan beras...basuh bersih dan rendam semalaman ( teknik ni mempercepatkan proses memasak bubur dan senang je beras tu hancur )
air secukupnya
bunga lawang dan buah pelaga
ubi kentang didadu
1/4 kiub pati ayam
1/2 cawan isi ayam yang dikisar
2 hiris lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara
-rebus beras bersama air hingga beras hancur
-semasa merebus masukkan bunga lawang, buah pelaga dan lengkuas
-apabila bubur separuh hancur masukkan isi ayam, ubi kentang dan kiub pati ayam
-tambah air jika perlu
-apabila bubur cukup kembang perasakan dengan garam dan lada hitam
-bawang merah dan bawang putih dimayang halus dan digoreng hingga keemasan dengan minyak yang sedikit
-kemudian tuangkan bawang yang digoreng tadi kedalam periuk bubur dan kacau rata.
-sedia untuk dihidangkan.

ibu hidangkan bersama-sama dengan ikan bilis goreng, ayam goreng kunyit dan sambal tumis ikan bilis.selamat mencuba...

Sunday, October 25, 2009

Bubur Pulut Hitam


Hari ni sepanjang hari hujan turun...dari bangun subuh tadi sampai la nak maghrib...nak sidai kain pun rasa malas ( walaupun penyidai kat bawah bumbung )...lepas siapkan beg ayah ( esok nak ke pangkor...kursus )...ibu buat bubur pulut hitam ni haaa...pulut hitam ni beli kat rantau panjang aritu masa lawatan penanda aras ke Kelantan Terengganu.
Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam - cuci bersih dan rendam lebih kurang 4 jam
air secukupnya
3 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
gula ( ikut tahap kemanisan masing-masing )

sedikit garam
seketul gula melaka ( kalau ada la...)
daun pandan

Cara-cara
-rebus pulut hitam dengan air hingga kembang dan lembut
-masukkan gula . daun pandan dan gula melaka...biar hingga kuah pekat ( air dah tinggal sikit )
-masukkan santan dan garam...kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak
-bila dah mendidih ( jangan lama-lama ) tutup api dapur dan hidangkan..

Friday, August 28, 2009

Bubur Nasi

sepatutnya petang semalam ayah bukak puasa di Pusat Kecemerlangan Sukan...anjuran Kelab Staff PPD...tapi dek disebabkan hujan yg lebat...maka ayah maleh nak pegi...so bertambah satu menu atas permintaan ayah...
Bahan-bahan
1 cawan beras ( cuci bersih dan dimasak hingga kembang )
100gm isi ayam
kentang dan lobak merah ( potong dadu )
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu teh rempah sup + 3 sudu teh rempah kurma ( bancuh ngan 3 sudu besar air )
sebatang serai dititik
sedikit udang kering ( goreng dan tumbuk lumat )
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
sedikit kiub pati ayam
satu sudu teh kerisik
garam

Cara-cara
-bila beras dah mula kembang masukkan bunga lawang dan buah pelaga serta ayam
-biar mendidih lagi...masukkan kentang dan lobak merah
-bila kentang dah mula lembut masukkan udang kering dan kerisik
-tumis pes rempah tadi bersama serai hingga naik bau dan rempah masak
-masukkan kedalam periuk bubur dan kacau hingga rempah sebati dengan bubur..masukkan juga kiub pati ayam
-masak hingga bubur benar-benar kembang ( tambah air jika blum cukup kembang )
-perasakan dengan garam
-hiris halus bawang merah..bawang putih ngan halia
-tumis bawang dan halia tadi hingga kekuningan dan tuang kedalam bubur...kacau sebentar dan bolehlah ditutup apinya...

sedap dimakan dengan ikan bilis goreng...

Saturday, December 13, 2008

Bubur Nasi

Ni plak Ibu buat untuk sarapan pagi tadi..bubur nasi ringkas je..tapi kalau kena ngan tekak..sedap....Bahan-bahan Bubur
1 cawan beras basuh bersih ( Ibu rendam semalamam supaya bila masak cepat jadi bubur )
5 cawan air ( boleh ditambah jika beras masih belum hancur )
1 cawan daging yang dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
1/2 inci kulit kayu manis
garam

Bahan-bahan Goreng
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang serai yang diketuk-ketuk
*semua bahan kecuali serai dihiris halus

Cara-cara
-masak semua bahan untuk bubur sehingga masak dan perasakan dengan garam
-bila dah masak tutupkan api
-goreng bahan-bahan goreng hingga kekuningan dan tuang atas bubur nasi
-kacau sebati
-bolehlah dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng

Thursday, November 27, 2008

Bubur Jagung Dengan Keledek

Bubur ni Ibu buat petang semalam...memang angin malas sedang melanda tapi terpandangkan jagung mutiara pemberian kawan maka Ibu buat la bubur ni...benda dah ada karang membazir la plak..Ibu campur dengan keledek madu

Bahan-bahan
4 tongkol jagung ( asing biji jagung dari tongkolnya )
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 senduk gula ( boleh tambah atau kurang ikut rasa masing-masing )
secubit garam
daun pandan
keledek madu yang telah direbus

Cara-cara
-rebus jagung dengan gula dan air hingga jagung empuk
-masukkan santan pekat, ubi keledek dan garam juga daun pandan
-reneh dengan api perlahan hingga santan mendidih
-jangan biar mendidih terlalu lama nanti santan pecah minyak
-boleh lah dihidangkan