Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

LEMAK CILI API UDANG DENGAN KACANG KELO

Kacang kelo ???? entahlah ye...mungkin itu nama rasmi bagi kacang ni...tapi ibu biasa duk sebut kacang remunggai...dari kecik lagi dah biasa makan.Pagi semalam ke pasar tengok banyak sangat kacang remunggai ni jadi sambarla 10 batang.Teringat kat arwah bapak...memang suka sangat ngan kacang remunggai ni wat masak kari.Tapi semalam ibu buat masak lemak cili api campur udang...


bahan-bahan
10 batang kacang remunggai- dikikis kulit hijau nya dan dikerat-kerat
15 ekor udang sederhana besar
15 biji cili api
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sebatang serai
2 helai daun limau purut
1 cawan santan pekat
2 cawan air
asam keping
serbuk kunyit
garam

Cara-cara
-tumbuk lumat cili api..bawang merah..bawang putih beserta garam dan kunyit.
-serai di ketuk-ketuk
-tumis bahan yang ditumbuk lumat beserta serai hingga naik minyak
-masukkan air dan juga kacang remunggai...biar mendidih dan kacang separuh lembut
-masukkan udang..pati santan..daun limau purut dan asam keping
-masak hingga kuah pekat..pastikan api sederhana untuk mengelakkan pecah santan
-perasakan dengan garam

boleh lah dihidangkan...lagi sedap jika ada ikan tenggiri masin...fuhhhh selera

Saturday, August 14, 2010

UDANG MASAK SIRSAU

Sebenarnya masih duk rasa sejuk-sejuk lagi...walau rasanya demam tu dah kebah...ayah pun kata tak yah masak..beli je kat pasar ramadhan petang nanti.tapinya bila jam menginjak ke pukul 3.30 ..hujan turn selebat-lebatnya....camna ni....last-last ibu bangun kerobek la apa yg ada dlm peti ais tu..akhirnya ada la jugak juadah berbuka dari org demam ni....udang masak sirsau...talapia percik ngan kuih cara.

resepi udang masak sirsau ni ibu copy dari majalah RASA keluaran Disember 2006...senang je...tak yah masuk majalah pun bleh buat

Bahan-bahan
1/2 kg udang
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu teh asam jawa
1/3 cawan air
garam
serbuk kunyit
kacang panjang dan cili api ( optional )
Cara-cara
-bersihkan udang ... gaul dengan garam dan kunyit pastu goreng dan ketepikan dulu
-bawang besar,bawang putih ngan halia dihiris nipis
-tumis bahan yg dihiris tadi hingga kekuningan..masukkan udang..asam jawa..garam dan air
-kacau biar rata kemudian masukkan kacang panjang dan cili api
-masak sebentar ( agak kacang panjang dah layu )
-tutupkan api dan bleh la dihidangkan

Saturday, July 17, 2010

UDANG GORENG PETAI

Jemu dengan sambal udang petai ? cuba resepi yang ibu dapat dari mak saudara ibu di Sungkai..bagi ibu ianya satu cara lain untuk pelbagaikan cara masak petai...terutama yang tak tahan dengan kepedasan....

Bahan-bahan
1/2 kg udang sederhana besar
200 gm isi petai
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sebiji cili merah ( boleh juga guna cili kering )
garam dan lada sulah

Cara-cara
-bersihkan udang
-bawang besar dan bawang putih di mayang , begitu juga dengan cili merah
-panaskan minyak...tumis bawang dan cili hingga bawang kekuningan
-masukkan petai dan juga udang
-kacau balikkan hingga udang masak
-sebelum tutup api dapur..perasakan dengan garam dan lada sulah...

Monday, October 12, 2009

Udang Goreng Serai


Bertuah udang ni ...jadi resepi pertama yg di'snap' guna kamera baru.Kbtulan...ini rezeki makan malam ni...benda mudah je..budak tadika pun bleh buat..tp tak tau la budak pernama sorang tu...bleh buat ke tidak...

Bahan-bahan
1/2 kg udang - ikut suko ekau nak bosa mana
1/2 cawan serai yg dihiris halus
garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
-udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit
-goreng udang dalam minyak yang agak banyak
-bila udang separuh masak...masukkkan serai dan goreng hingga serai agak kekuningan
-angkat dan hidangkan panas-panas.

Sunday, June 28, 2009

Sambal Udang

Pagi-pagi lagi ibu dah ke pasar..hajat nak cari petai..lama sangat rasanya tak makan.tapi mak aiii..mahal sekarang ni...besar anak mata je seikat rm5..ada la 5 papan....jadila..buat lepas teringin..hari ni ibu buat sambal udang campur petai..
bahan-bahan
1/2 kilo udang sederhana - buang kepala ngan kulit..tinggal ekor je
5 ulas bwang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu kecil belacan
1 sudu besar gula
1/2 cawan santan
3 sudu besar cili giling
garam dan asam jawa
isi petai

cara-cara
-tumbuk lumat bawang merah, bawang putih , serai dan belacan
-panaskan minyak..tumis bahan tumbuk tadi hingga kekuningan
-masukkan cili dan tumis hingga naik bau...masukkan gula dan garam
-masukkan petai serta udang...kacau rata dan masukkan santan
-kecilkan api...dan biar hingga udang masak
-perasakan sekali lagi dengan garam dan asam
-bolehlah dihidangkan

ibu tak letak air...sebab tu ibu kecilkan api..guna air udang tu je...lagipun petai tu tak besar mana pun