Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

MUFFIN COKLAT

Untuk dinner malam ni...ibu buatkan makaroni goreng untuk anak-anak...no seafood and no chicken...sbb ramai dalam rumah ni yg hidungnya dah gatal-gatal maka ibu buh jer frankfurter ayamas...yg bagi nampak sedap sbb ltak cendawan...anak-anak rumah ni cendawan tu ibarat ayam la....sedap sangat....tapi untuk n3 kali ni nak ltak resepi choc muffin...sedap.....ambik kat babycakes2u ...jom la cuba ..senang sangat....

Bahan-Bahan
½ cawan mentega ( ibu cairkandulu )
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder ( ibu guna selfraising flour jd tak letak la baking powder )
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat) ( yg plain jer ada )
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:
-Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
-Pukul mentega, minyak jagung dan gula dalam bekas adunan
-Masukkan telur sebiji demi sebiji.
-Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
-Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
-Paipkan adunan 1/2 ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
-Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.


ni plak makaroni nya....

Sunday, January 23, 2011

BLUBERRY MUFFIN

Hari ni berjaya merealisasikan impian adik yang dah lama asyik sebut nak makan muffin bluberry...mana dia dapat perkataan tu tak tau lah...dari tahun lepas lagi duk suruh buat...jadi hari ni dapat la adik makan muffin impian dia...ooppppssss takde resepi untuk muffin ni..sebaaaaabbbbnya...pakai yg dah siap mix jual kat baking shop..kebetulan jumaat tadi ke ipoh ada meeting ,masa balik sempat singgah kat kedai tu sebab teringatkan permintaan adik... so layan gambar je la...

Monday, January 10, 2011

VANILLA MUFFIN

fuhhhh....baru habis baking muffin....buatkan buat semua penghuni rumah ni bawak pegi pejabat ngan pegi sekolah esok....kali ni ibu buat vanilla muffin...teramat la mudahnya....dan lembut.....resepe mudah ni ibu jumpa kala berjalan depan rumah kedaisiber.com...jom tengok resepi...
Bahan-bahan
8 sudu besar mentega..dicairkan
4 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 sudu besar baking powder ( ibu kurangkan jadi 2 sudu je )
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
-campur semua bahan dan gaul sebati
-masukkan dalam paper cup dan bakar hingga masak

Tuesday, April 20, 2010

MUFFIN NESTUM


Petang semalam sempat lagi menggodek bahan nak buat muffin...muffin ni ibu ubahsuai sikit ikut barang yg ada kat dapur.nak bagi cepat laku...letak inti coklat yg dipam masuk kedalam badan muffin tu...dapat jugak la buat bekal anak-anak pegi sekolah

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan 3in nestum ( ibu guna perasa baru...apple dan cranbery )
1 cawan gula
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
2 biji telur 'A'
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
-gaul semua bahan kering
-dalam mangkuk lain campur semua bahan basah termasuk telur...guna hand wisk
-masukkan bahan kering...gaul sebati
-panaskan oven..masukkan adunan kedalam papercup..jgn penuh sangat ye..3/4 bahagian je
-bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C
-dah sejuk baru pamkan coklat tu...


ni plak atas permintaan si kazim sruh buat corak sarang labah-labah...luar dalam ada coklat...mana tak cepat laku...

Tuesday, April 28, 2009

Muffin Pisang

Yang ni khas untuk Chuin yang tgh lapo....so easy...juga untuk si Birthday Boy...Bebe..
actually resepi ni Ibu ambik kat Myresipi cumanya dari segi penyediaan tu Ibu ubah sikit agar nampak lebih mudah dan senang..

Bahan-bahan
A:280gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu soda bikarbonat
semua bahan di ayak

B:400gm pisang , 150gm gula , secubit garam , 200gm minyak masak , 3 biji telur , 1 sudu teh esen vanilla , 50gm susu segar , 50 gm air.
semua bahan masukkan dalam blender dan kisar sampai semua sebati.

Cara-cara
-Letakkan bahan A ke dalam mangkuk.
-Tuang bahan B perlahan-lahan .Gaul bahan A dan bahan B hingga sebati.
-masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 180 C..20 hingga 25 minit tertakhluk kepada oven masing-masing.
-nak nampak cantik..make upkan lah dia

Thursday, March 19, 2009

Dark Coco Muffin

Resepinya Ibu ambik dari idabakery..cumanya tak la naik bulat elok..tak tau la pasal apa dia turun tapi still sedappp..

Bahan-bahan A
1 1/2 cawan susu segar coklat
1 biji telur
2/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan - bahan B
1 3/4 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula icing ( Ibu letak lebih sikit...3/4 cawan )

Cara-cara
-satukan bahan A hingga sebati
-Bahan B diayak sekali
-campurkan bahan B ke dalam bahan A.Kacau sebati tapi jangan terlalu lama.
-Tabur coklat cip sebelum bakar.
-bakar pada suhu 220C selama 20minit

Saturday, December 13, 2008

Muffin Blueberry

Ish....rajinnya hari ni..sebelum masak untuk makan tengahari tadi sempat Ibu buat muffin.Mak Ndak call kata nak datang pastu siap sebut lapar lagi..jadi Ibu teringat ada beli muffin mix kat Bake With Yen masa meeting kat KL ari tu..apalagi jadi lah...benda plak mudah je..cuma tambah telur ..susu..ngan minyak..Yang kaler biru tu saje Ibu tambah sendri..bagi nampak lg cun gitu..so resepi takdelah ye sebab beli benda dah ready tinggal masak je..