Thursday, September 19, 2013
CHOC BREAD
Sunday, March 17, 2013
TORTILLA AGAIN...
Tuesday, March 12, 2013
TORTILLA WRAP
Wrap dia ?...oooohhhh tidak...tak terdaya I nak buat...beli yang siap punya...al kisah sebab terjumpa kat bakery shop.. kalau nak buat...letih jugak ni...yang ready made dah ada... apa nak susah kan...banyak jenama dah sekarang ni...Kali ni I guna jenama MASON... kalau tak silap...
Saturday, June 30, 2012
BREAKFAST TODAY
dalam duk mulut membebel ni tangan sempat lagi menguli tepung.... alahai...kot macamana marah pun..ibu ni tetap la seorang ibu...takkan sampai hati nak bagi isi rumah ni tak ber'isi' perutnya pagi2 ni....so dalam duk bising2 ni jadi gakla breakfast pagi ni....taraaaaaaaa ROTI PURI....Monday, May 21, 2012
NG IKAN REBUS & PIZZA XPRESS


Friday, July 29, 2011
MARBLE BREAD
Sunday, June 12, 2011
AIS KRIM GORENG
Sunday, January 02, 2011
CMG CHOC BUN
Bahan-bahan400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
30 gm susu tepung
250 ml fresh milk perisa coklat
60 gm telur ( lebih kurang 2 biji telur gred A...tp cik Mat sruh timbang tau )
120 gm gula galus ( Kalau nak lg manis tambah le lagi...tp nasihat ibu jangan la manis sgt nanti penyakit yg datang...lgpun gula mahal sekarang nih )
14 gm yis kering
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
80 gm mentega
haaaa tengok la ....memang gebu cam cik Mat jugak....oleh kerana guna mesin roti..kerja jd senang lah sikit...Cara-cara
-masuk semua bahan bermula dari bahan cecair kedalam mesin roti..tekan setting dough dan tunggu hingga selesai...
-sapu loyang dengan mentega
-bulat2kan doh dan susun dalam loyang.biar doh naik sekali ganda ( lebih kurang 30 - 45 minit )
-bakar dengan suhu 75C selama lebih kurang 20 minit.
Saturday, November 27, 2010
ROTI SOSEJ GORENG
belek benda dalam perti ais petang tadi ..nampak la sosej ni haaa..tinggal sebungkus pun.ada baiknya dibuat sesuatu untuk minum petang....rasa cam nak buat roti sosej..tapi jam dah menginjak ke pukul 5..kalau buat roti..paling cepat pun 2 jam..ish...buat yg senang je lah...bahan-bahan
10 keping roti putih
10 batang sosej
srbuk roti - tak jumpa yg kuning...tibai yg putih je..baki buat kuih raya dulu
telur
minyak untuk menggoreng
cara-cara
-rebus sosej dan tos kan
-leperkan roti menggunakan kayu penggelek
-balut sosej dengan roti..gamkan hujung roti dengan telur
-celup roti kedalam telur dan golekkan atas serbuk roti
-goreng hingga kekuningan
sekejap je dah habis...licin...bleh la rehat jap sebelum tiba maghrib...tapi tekak ibu ni tak berapa teruja sangat kalau dengan resepi macam ni...tak tau lah kenapa...tekak dah tua kot...so untuk ibu ngan ayah...ibu rebus pulak keledek madu pemberian cik leny...dah lama dah mek kelate tu bagi..rasa dah lebih 3 minggu..nasib baik elok lagi..fuh..sedap rasanya..lagi sedap kalau minum dengan air kopi....
Saturday, January 16, 2010
Roti Daging
Bahan-bahan Doh300gm tepung high protien
225ml air
20gm gula
20gm shortening
5gm yis kering
secubit garam
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
Cara-cara
-masukkan semua bahan ( bermula dari bahan cecair dulu ) kedlm breadmaker
-pilih setting 'basic doh' dan 'start'
-tunggu hingga mesin tu selesaikan kerjanya
-keluarkan dari mesin ( bm ibu sblum berhenti operasinya..dia siap tlong kluarkan angin pada doh tu...jd ibu tak yah nak tumbuk2 lagi...)
-sapu dulang ngan mentega...canaikan doh atas dulang..biar naik sekali ganda
-bila dah naik....cucuk-cucukkan ngan garfu sebelum dibakar
-bakar pada suhu 150C selama 25minit ( ikut oven masing-masing )
-bila separuh masak...kluar dari oven jap...sapu sos cili atas roti...tabur inti....pastu sambung bakar sampai masak..
Sunday, January 10, 2010
Choc Bun
Yes...dah siap...kak nor dah siap dah choc bun ni..tp tak la mcm triple choc bun kak nor tuh..double je la kut...apa2 layan resepi dulu...bahan-bahan
400g tepung high protien + 2 sudu besar serbuk koko
6g garam
15g susu tepung (tak letak sbb dah buh milk choc)
4g bread improver
5g gluten ( ibu gantikan dgn 1 sk bread softener )
80g gula ( ibu jadikan 150gm )
11g instant yeast
60g telur = 1 biji telur gred A
190g air ( ibu gantikan ngan susu coklat )
30g mentega
30g shortening
cara-cara
-masukkan semua dalam breadmaker..pilih setting basic dough pastu 'on'kan dan tunggu sampai siap.
-bahagikan adunan ...ibu dapat 14 biji ....bulat-bulatkan
-letak dalam loyang @ dulang yg disapu ngan mentega....biar doh naik sekali ganda
-bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama lebih kurang 25 minit...ikut oven masing-masing.
-5 minit lg nak time over...kluarkan kejap dr oven...sapu atas roti ngan butter dan tabur ngan choc rice...masuk balik dlm oven dan biar hingga masak.
mmg sedap....tp kalau nak lg sedap kena wat cam kak nor la...kat dalam buh ..kat luar pun buh coklat...tq kak nor atas resepi...resepi asal kata kak nor dr mamafami...
Saturday, December 05, 2009
Roti Sardin @ Sardin Roll
Tahun lepas ibu ada janji unt masukkan resepi roti sardin ni...tak sangka plak lepas setahun br nak tertunai janji.masa tu ibu buat guna kulit popia..tp kali ni ikut resepi yg mmg ibu slalu buat...guna breadcrumb.
knapa ibu letak roti sardin / sardin roll ??? ntah ye..kengkadang ada org sbut roti sardin...kengkadang sardin roll...tu yg ibu letak 2 nama tu.sebenarnya...kuih ni ikut org yg membuatnya...misalnya inti tu...ibu guna apa yg ada kat dapur je...pada membazir dan berkulat dlm peti ais baik dicampur2...jadikan sesuatu yg bleh dimakan...btul tak....
rasanya dah paham tengok step kat atas tu...ok kat sini ibu nak bg tau la inti apa yg ibu dah buh...*** lupa nak bgtau..sblum kelim tepi roti tu..ibu sapu sikit ngan putih telur..senang sikit roti tu nak melekat.
Wednesday, October 28, 2009
Roti Jagung

Bahan-bahan
170gm air
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred A
40gm mentega
50gm susu tepung
400gm tepung high protien
50gm gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
1/2 tin jagung krim
Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dlm breadmaker didahului dengan bahan cecair kecuali jagung
-pilih setting 'basic normal' atau apa yg seumpamanya..ikut jenama masing2 lah...roti ni kita bakar terus dlm breadmaker
-15 minit pertama menguli baru masukkan jagung
-biar hingga masak
Pagi tadi buat bekal kat anak-anak ni...tp biasa la...dalam duk kata sedap...yang coklat lagiii sedap.budak-budak...tak bleh dipisahkan ngan coklat.
Friday, July 17, 2009
Roti Kaya
memang lembut dan sedap...tengok la tekstur roti ni...rasa lemak dan wangi je baunya..
sesuai untuk minum petang ngan breakfast...tapi pagi semalam semua buat bekal pegi sekolah..Wednesday, May 06, 2009
Roti Sosej Versi B
resepi kat bawah ibu dah siap adjust ikut banyak mana yg muat masuk breadmaker...breadmaker ibu kecik je...tupun bleh beli hasil sumbangan kupon dari chuin...kalautidak harganya lagi la mahal...tq chuin..diam tak diam dah 2 tahun lebih umur breadmaker tu...Bahan-bahan
250gm tepung high protien ( ibu tambah lg 6 sudu besar...sebab tengok adunan lembik )
50gm gula ( ibu jadikan 70gm )
5g yis ( mauripan...)
15gm susu tepung
2.5gm bread improver
2.5gm bread softener
1 bj telur
50gm marjerin
5gm garam
125ml air
Cara-cara
-masuk semua bahan dalam BM bermula dari bahan cecair hingga la tepung..yis tanam dalam tepung..takut nanti berjumpa ngan garam...kalah yis tu...maka tak naik la doh tu nanti
-pilih setting doh dan on kan..tunggu la dia selesaikan kerja dia.
-bila dah ok..keluarkan dari BM dan bahagikan kepada 10 bahagian.
-gelek setiap bahagian jadi memanjang dan lilitkan pada sosej.Letak atas dulang pembakar yg telah disapu sedikit marjerin
-biar doh naik sekali ganda lagi ( dalam 30 minit )
-bakar pada suhu 160C selama 15 hingga 20 minit
-keluarkan dari oven dan sejukkan.Boleh sapukan butter atas roti untuk nampak kilat dan cantik ( budak-budak tak suka ...ibu pun tak la sapu...)
Monday, February 23, 2009
Bun Kacang Merah
Bahan-bahan120ml air
250g tepung high protien
30g telur
10g susu tepung
40g mentega
40g gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis kering ( mauripan la paling senang cari...)
1/2 sudu teh bread improver ( Ibu tak letak pun sebab kehabisan stok )
1/2 sudu teh bread softener
Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ...dimulakan dengan bahan cecair dulu
-pilih untuk doh sahaja dan tekan butan start...
-tunggu la sampai dia panggil..
-bahagikan adunan kepada 9 bahagian
-masukkan inti..bulat-bulatkan dan letak dalam loyang
-buat hingga habis
-biar hingga naik sekali ganda ( lebih kurang 40 minit...ikut keadaan suhu sekeliling )
-bakar dengan suhu 180C lebnih kurang 20 minit.
Ibu siap sapukan mentega sebelum bakar...nak mudah...
haaa...ni baru kluar oven...montok-montok gitu....sarapan la tok ngan wan pagi tadi dengan bun kacang merah ni....Tuesday, February 03, 2009
Roti Sosej
Baru kluar oven cik roti ni haaaa...sosej tupun duk berpeluh lagi...panas sangat duk dalam oven tu gamaknya
Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur ( Ibu guna sebiji yg gred A )
300g tepung high protien
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
60g butter ( guna margerin je )
1 sudu teh yis kering ( Ibu guna mauripan )
10 batang sosej
Cara-cara
-senang je...masuk semua bahan ..mula dari atas ke bawah dalam breadmaker
-pilih 'basic dough' dan tekan 'start''
-tunggu sampai siap.
-bila doh dah siap...kluarkan dari breadmaker dan rehatkan 10minit
-bahagi doh kepada 10.uli doh memanjang macam tali ( agak2 2 kali ukuran sosej tu...)
-sambung kedua-dua hujungnya dan letakkan sosej.Letak dalam dulang pembakar
-buat sampai habis.Biar doh tadi naik sekali ganda ( dalam 30 minit )
-bakar dengan suhu 180C kira2 10 hingga 15 minit
dah siap dressing dah...
Masing-masing dah tempah nak bawak bekal pegi sekolah esok.
Monday, December 15, 2008
Gambarajah RBS
Red Bean Stolen

Bahan-bahan
400gm tepung high protien
150gm air sejuk dari peti ais
60gm gula
25gm mentega
11gm yis kering ( ibu guna 1 paket mauripan )
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh susu tepung ( ibu hentam sampai 1 sudu makan )
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
inti kacang merah secukupnya ( Ibu guna yang dah siap..beli kat kedai baking )
Cara-cara
-masuk semua bahan dalam breadmaker ( Ibu tak guna tangan ye..) pilih setting basic dought tekan 'on' dan tunggu sampai siap.
-dah siap ..keluarkan doh..rehatkan 10 minit ( sambil tu boleh bulat-bulatkan intinya )
-bahagi doh kepada 10 bahagian ( mamafami timbang doh tu..ibu maleh..)
-masukkan inti kemudian leperkan
-kelar bahagiam atas dengan pisau..pastu terbalikkan dan gulung
-biar dalam dulang pembakar antara 30minit hingga 45 minit ..baru lah dibakar
-Ibu bakar guna suhu 170 c selama 25 minit ( ikut oven masing-masing )
* resepi asalnya guna 800gm tepung tapi Ibu dah siap cut..sebab bread maker Ibu kecik je..nak uli pakai tangan lenguh plak karang
Thursday, September 11, 2008
Roti Sardin..












