Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

TORTILLA WRAP

Errrmmmm pasal benda ni lah pagi semalam I melantak punya banyak kat kantin... mana taknya... tak berapa nak lalu masuk tekak melayu I ni... of course this is one of the healthy meal... penuh ngan sayur...salad...capsicum..pastu I added zuccini..tumis ngan minced beef...taruk tomato sos cikit...bebawang tu tak yah citer la...benda wajib yg memang tak bleh tak letak..
 

  Wrap dia ?...oooohhhh tidak...tak terdaya I nak buat...beli yang siap punya...al kisah sebab terjumpa kat bakery shop.. kalau nak buat...letih jugak ni...yang ready made dah ada... apa nak susah kan...banyak jenama dah sekarang ni...Kali ni I guna jenama MASON... kalau tak silap...

 
Cik Abang I ngan our kids je yang lalu bersungguh makan tortilla ni...entah la...
nak dibandingkan tortilla ni ngan Tiramisu I yang simple tu...I prefer MY TIRAMISU lagi...
even increase the number of my calories...he he he
itu yang pepagi sampai sekolah terus gi melantak kat kantin tu....
sebab malam tadi kurang makan......huaaaaaa

Monday, May 28, 2012

DAGING MASAK HITAM

Hari ni hantar tok jah ke stesen bas kampar...bukan stesen bas biasa tapi bas ekspress. Tok jah nak ke sungai nibong, penang..sebenarnya tak harap sangat lepaskan dia naik bas..yer lah..bukannya dia biasa naik bas..sorang2 plak tu...namun apakan daya..nak dihantar awal sangat tok jah nak pegi....ibu ngan adik2 nak pegi hari jumaat nanti....ada kenduri sepupu 3 hb nanti..pegi awal bleh menjongket ke tempat lain dulu...hi hi hi....
kat kampar tadi sempat menyinggah ke nam thye dan plak menyambar 3 loyang bulat 8 inci...persediaan nak buat rainbow cake...uihhhh teringin sangat sebab tengok kiutttttt nyerrr..
isshhhhh bila bleh buat ni yer...sabarrrrrr..takkan lari loyang tu...ngeh..ngeh..ngeh..
dalam duk kalut tu sempat lagi wat nasi hujan panas..tapi biasalah kan ...orang tengah diet ni slalunya rugi...sendri masak tapi kna tahan la...jangan makan...kalo tak...hancus la diet...


kali ni nasi hujan panas lawannya daging masak hitam...jemu gak kalau buat kari atau kurma..al maklum lah time2 cuti ni slalu sangat makan kurma ngan kari kat kenduri kawen laaaaaa...jadi kali ni ibu watkan daging masak hitam....jom intai resepi...


Bahan-bahan
1/2 kg daging batang pinang ( hiris nipis )
3 labu bawang besar *
6 ulas bawang putih *
3 batang serai *
1 inci halia *
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk lumat
bunga lawang dan buah pelaga
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara-cara
-kisar bahan bertanda * hingga lumat.
-panas minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga kekuningan.
-masukkan bunga lawang dan buah pelaga... serta serbuk jintan yang dibancuh dengan sedikit air..tumis hingga naik minyak
-masukkan daging..tambahkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk..
-tambahkan air jika perlu...masukkan kicap..garam dan gula serta air asam jawa dan kerisik
-renehkan lebihkurang 10 minit lagi
-tambahkan serbuk lada hitam dan jika suka bleh masukkan ubi kentang yang telah digoreng terlebih dahulu...cili padi dan hirisan bawang..
-perasakan garam dan gulanya
-matikan api dapur dan bolehla dihidangkan...

uishhhh tak sangka plak ayah ajak kengkawan dia ( 2 org jer...hi hi hi ) lunch kat rumah...nasib ada gak nasik kaler kaler ni.....kurang2 ada la yang special cikit....heeeeeeeeeeeeee

Tuesday, August 02, 2011

SINGGANG DAGING

Perut dah kenyang....alhamdulillah....kita layan je lah resepi ringkas...mudah dan membangkitkan selera..apatah lagi dicicah ngan budu...fuuuhhhh..
Bahan-bahan
300g daging dihiris nipis
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 hiris lengkuas
sedikit biji ketumbar
gula kabung ( gula biasa pun bleh je )
asam keping
air secukupnya
garam
budu

Cara-cara
-bawang merah , bawang putih dan halia dihiris nipis
-masuk semua bahan kecuali asam keping dan budu
-biar mendidih dan reneh hingga daging empuk
-masukkan asam keping, budu dan garam
-sesuaikan rasanya bleh la diangkat
-kalau suka buleh letak daun ketumbar

Tuesday, October 12, 2010

SINGGANG DAGING

dah jemu makan sup..maka arini ber singgang lah....lagipun bagi rasa lain ckit kat orang selsema dlam rumah ni...aiseyyyy ..kesian kat ayah...sok sek..sok sek... selsema...

Bahan-bahan
1/2 kg daging
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit lengkuas
sebatang serai
1 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
sedikit kunyit hidup
air
garam
gula
asam keping
cili kering

Cara-cara
- daging dihiris nipis
-bwang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit dimayang
-serai diketuk
-masuk daging, bahan yang di mayang, ketumbar,serai dan air kedalam periuk dan didihkan
-bila daging empuk masukkan garam,sedikit gula dan asam keping
-renih hingga daging lembut..suaikan rasanya
-masukkan cili kering yg dihiris..biar mendidih seketika
-bila dah sesuai rasanya bolehlah dipadamkan api dapur...
-kalau suka bleh taburkan sedikit daun ketumbar

sedap sangat makan ngan nasi putih panas..pastu ada ikan masin sikit...fuhhhhh....nak pedas lagi tambah sambal belacan...habis nasi seperiuk..

Monday, July 19, 2010

DAGING GORENG KICAP

Hari ni balik awal dari sekolah...1.30 dah sampai rumah.Bukan apa..rasa ngantuk sangat...sementara anak-anak bersiap nak ke sekolah agama...sempat la ibu pejamkan mata barang 30 minit...tu pun tak lena sangat...telinga duk dengar siaran 'kampung boy' yang aufa tengok.
Lepas hantar anak-anak ke sekolah agama..balik rumah baru teringat..semalam ada snap gambar untuk blog...sementara ada mood ni baikla ngadap laptop...

Bahan-bahan
1/2 kg daging ( hiris nipis )
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu besar cili boh
3 biji ubi kentang
bunga lawang, buah pelaga ngan kulit kayu manis
garam
3 sudu besar kicap mee
1/2 sudu teh asam jawa
lada hitam & lada sulah ( terpulang nak letak banyak mana..asal tak berasap kepala sudahhhh )

Cara-cara
-ubi kentang belah 8 dan digoreng hingga keemasan.angkat dan ketepikan.
-bawang besar ngan bawang putih potong dadu atau kalau senang cincangkan
-tumis cili boh bersama ngan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga naik bau
-masukkan bawang dan biar hingga bawang layu
-masukkan daging...kacau dan tutup kuali..biar daging mendidih lebih kurang 7-8 minit ( kalau perlu masukkan air...tu pun ckit je..sekadar daging nak empuk )
-bila daging empuk..masukkan kicap mee,asam jawa,garam dan ubi kentang.kacau balikkan.
-masukkan lada hitam ngan lada sulah..rasakan asam garamnya...bila dah ok..boleh la diangkat.
-tabur bawang goreng.

kalau tak mau makan ngan nasi..makan ngan roti pun sedap ......

Monday, August 31, 2009

Daging Hitam Manis

Resepi daging ni lebih kurang dengan daging masak hitam...cumanya rasa rempah tu ibu kurangkan sikit sebab nak bagi laluan pada rasa manisnya....
Bahan A
1/2 kg daging batang pinang...hiris nipis
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu teh rempah kurma
3 sudu teh rempah sup
3 sudu besar kicap

Cara-cara
-bawang merah..bawang putih dan halia ditumbuk halus
-gaul semua bahan dengan daging dan perap selama 1 jam

Bahan B
-3 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu besar cili giling
-2 batang serai ...diketuk
-bunga lawang..buah pelaga ..kulit kayu manis
-2 sudu besar sos cili ..lebihkan sikit pun tak apa
-1 sudu teh asam jawa
-garam dan gula
-daun ketumbar dan bawang besar dihiris kasar

Cara-cara
-tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris serta buah pelaga..bunga lawang ngan kulit kayu manis hingga naik bau
-masukkan cili giling..tumis hingga cili masak
-masukkan serai...dan sos cili...kacau rata..barulah masukkan daging
-masak hingga daging empuk ..kalau perlu ...tambahkan kicap sikit lagi
-bila daging dah empuk..perasakan dengan garam dan gula ( biar manis-manis sikit )
-masak hingga kuah pekat...masukkan daun ketumbar dan hirisan bawang besar

selain makan ngan nasi...bleh gak makan ngan roti dan nasi impit atau ketupat..

Sunday, August 23, 2009

Makaroni Sup Tulang

Alhamdulillah..dah lepas satu hari...tahun ni jugak dapat ibu menunaikan solat terawih...memandangkan aufa pun dah bleh sikit kawal diri sendiri..tapinya bebudak...nasihat mcmanapun tgh kita sembahyang la nak buat mcm2.Ni menu berbuka semalam...kakak suka sangat ngan makaroni ni....
Bahan-bahan Sup
1 kilo tulang ( lembu @ kerbau ) ...ibu campur sikit ngan dagingnya
sebungkus kecil rempah sup adabi
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
kulit kayu manis
satu sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
1 inci halia diketuk

Cara-cara
-rebus tulang bersama bunga lawang..buah pelaga..kulit kayu manis .. lada hitam dan halia hingga lemak-lemaknya lembut ( tulang takkan lembut...)
-hiris halus bawang merah dan bawang putih
-bancuh rempah sup ngan sedikit air
-tumis bawang tadi hingga kekuningan dan masukkan rempah sup tadi
-bila rempah dah garing tuangkan dalam periup sup tadi
-didihkan sekali lg dan tambahkan garam
-rasa dah ok bleh la tutupkan apinya

Bahan-bahan Lain
-makaroni direbus dan toskan
-bebola ikan
-kek ikan
-sawi celur
-daun sup & daun bawang

Sunday, June 14, 2009

Masak Lemak Pisang Dengan Daging Salai

Hari ni buat gulai pisang...kebetulan bawak balik dari Baling banyak..pastu blum masak lg..jadi apalagi buat gulai laaa....

Bahan-bahan
Pisang Muda ( ibu guna pisang emas..pastu lupa nak timbang tp lebih kurang yg kat dalam gambar tu la..)
100 gm daging ( lumur ngan garam kunyit pastu salaikan..opppss Ibu salai dalm microwave je )
1 cawan santan pekat
1 cawan - 1 1/2 cawan air
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup ( nak senang taruk kunyit serbuk )
10 biji cili padi ( nak lg pedas bleh le tambah barang 10 @ 20 biji lg )
1 sudu besar kerisik
garam
asam keping
daun kunyit

Cara-cara
-siat-siatkan kulit pisang dan belah pisang ikut kreativiti masing-masing
-rendam dalam air sementara nak masak ( elak jgn lebam )
-tumbuk lumat bawang merah,bawang putih,kunyit @ serbuk kunyit dan cili padi
-larutkan bahan yang ditumbuk tadi ke dlm periuk bersama air
-masukkan pisang tadi dan masak hingga pisang hampir empuk
-hiris daging salai dan masukkan dalam periuk
-masukkan juga santan,kerisik,daun kunyit,asam keping dan garam
-perlahankan api dan biar mendidih hingga kuah pekat
-perasakan sekali lagi dengan garam
-bila dah ok bleh la padamkan api dan hidang ngan ikan gelama masin