Sunday, October 12, 2008

Nasi Lemak Kinjang


1.Bahan Nasi
2 cawan beras ( basuh bersih dan toskan )
2 1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
sebatang serai - diketuk
sekuntum bunga lawang
garam
* dihiris halus
Cara-cara
-masukkan beras dan santan dalam periuk dan masakkan ( Ibu guna periuk nasi letrik )
-dalam kuali tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan bunga lawang hingga kekuningan
-tuang bahan tumis kedalam periuk nasi tadi, masukkan garam dan biar hingga nasi masak.
2.Bahan Sambal
5 ekor sotong ( bersihkan dan dipotong-potong )
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit belacan*
5 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
garam
gula
*ditumbuk lumat
Cara-cara
-tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
-masukkan cili dan tumis hingga naik minyak
-masukkan sotong, sos, kicap dan sedikit air
-biar hingga sotong masak
-perasakan dengan garam dan gula
boleh la dihidang bersama telur dadar dan daun selom...habisss buat sarapan pagi tadi..maklum lah semalam satu hari tak makan nasi..

Saturday, October 11, 2008

Selamat Hari Raya

Lama Ibu tak kemaskini blog Ibu ni..lepas cuti raya ( minggu ni laaa..) sibuk btul ngan RIMUP( sape tak tau RIMUP tu ape bleh tanya ) aktiviti memasak pun blum mula lagi...pun begitu tak terlambat lagi rasanya untuk Ibu ngan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog Ibu ni...

Open House Rumah Mummy

Tengahari tadi pegi open house rumah mummy kat Kalumpang.Ibu yang bawak kereta sebab ayah sakit tengkuk.

Mummy siap pasang khemah lagi..datang-datang tengok ada staff Mummy ringan tulang datang tolong...Tok Jah pun ada ( dari malam tadi lagi...) tengok la apa menu yang ada..

Pastu tu ada burger ngan ayam bakar..mula-mula bakar bawah pokok tapinya hujan la plak tiba-tiba...tu pindah wat depan rumah..takde kuali leper..daddy wat ngan kuali biasa..tu pun jadiiii..

Ni plak antara tetamu yang datang...