Tuesday, January 27, 2009

Sambal Ikan

Ni sebenarnya salah satu dari variasi sambal belacan...tapi agak Ibu sambal ni sedap lagi sebabnya dah letakkan ikan tu...nak cuba silalah

Bahan-bahan
15 biji cili padi *
2 biji cili masak*
1 hingga 2 sudu besar belacan *
sedikit garam *
air asam jawa
seekor ikan kembung sederhana besar direbus

Cara-cara
-tumbuk semua bahan * hingga lumat
-masukkan isi ikan dan tumbuk lagi
-masukkan air asam jawa

Sunday, January 18, 2009

Mini Garden

Hari ni takde yang special..minum petang hari ni buat puding roti ( kes roti tak habis dan nak expired )..resepi pun dah ada Ibu tampal kat n3 yg lepas..Cuma nak tayang kebun comel Ibu ni haaa....

Semuanya dalam pasu lah sebab takde tanahpun kat rumah Ibu ni..habis semua disimen.Nak tanam kat luar tu..takut plak dikencing dik anjing...kat bawah ni cik sawi kita..baru dua minggu..

Gambar tak brape cantik sebab guna handphone je...handphone plak bukan jenis ribu-ribu..tu yg kuning semacam ..

Thursday, January 15, 2009

kembali....

aaahhhh....lega...dah buleh bukak internet.sebenarnya Ibu pindah rumah 29 disember 2008 ( 1 muharram 1430h )..pastu buat permohonan tukar alamat kat telekom 30hb ( esoknya la... ) 31 disember 2008..angkat barang dari rumah lama ( sewa lori En Yazid -Yaziz Hanis Catering ) 3 kali angkut cuma RM 150 je.Tq Abg Yazid sebab tolong. 13 hari lepas tu br bleh telefon..itupun dah 2 kali wat report kat 100.sekali mengamuk kat tmpoint.internet plak nasib la..report lg kat 100..tmpoint kata esok br leh guna..alih-alih hari ni dah ok...kalo tak...ngamuk lagi...itu le sejarah kenapa lambat sgt dan lama sgt tak update blog..Ibu pun dah rindu sgt nak memblog ni..
Kat sini Ibu nak wat pengumuman gak...hari ni..tengahari tadi adik Ibu ( mummy ) dah selamat bersalin anak no 3...baby boy.tahniah...tahniah...
ok kengkawan lepas ni bleh la kita jumpa selalu...bye