Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah..baru je sampai dari Baling...tahun ni raya di Sungkai ngan raya di Baling sama je...tak jalan mana....namun kemeriahan aidilfitri tu tetap dirasakan..
dikesempatan ini...walau dah hari ke 6 di bulan syawal ini..ibu sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin jika ada terlanjur kata dan perbuatan....mohon dimaafi.

Tuesday, September 07, 2010

CORNFLAKE COKLAT

satu-satunya kuih raya yg senang sgt nak buat...takde sukatan rasmi...semua main agak2 je...rasa ?????? ntah la..budak2 kat rumah ni kata cam rasa ferero rocher ( btul dak ejaan ni )..tp mmg sdap la..kegemaran budak-budak....jom buat..

Bahan-bahan
cornflake biasa - ibu buat separuh-separuh dulu
kacang tanah yg dipanggang kemudian dihancurkan kasar-kasar
coklat masakan - ikut setakat mana untuk bagi cornflake tu melekat
mangkuk kertas
Cara-cara
-cairkan coklat masakan
-gaul semua bahan..
-masukkan coklat yg dah dicairkan..gaul sebati
-sudukan kedalam mangkuk kertas dan biar coklat mengeras
* nak cepat masukkan dlm peti sejuk 3 hingga 5 minit

Sunday, August 22, 2010

NASI SERAI SERI WANGI

arini buat nasi serai seri wangi ..sesetengah kata nasi beringin..ibu ambik kat majalah rasa edisi terbaru ni..tapi ibu tokok tambah ckit biar lagiiiiiii sedap...

bahan-bahan
3 cawan beras basmathi...basuh bersih dan rendam 30 minit
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai dibelah dua dan dititik
3 sudu besar minyak
sedikit lengkuas
sedikit kiub ayam
bunga lawang dan buah pelaga

Cara-cara
-bawang besar,bawang putih ngan halia dihiris
-tumis bahan yg dihiris bersama serai..bunga lawang dan buah pelaga juga lengkuas
-bila dah naik baunya masukkan kiub ayam juga sedikit air
-masukkan beras kedalam rice cooker beserta bahan yg ditumis tadi
-masukkan air mengikut sukatan yg diperlukan
-letakkan sedikit garam
-kacau agar ramuan sebati
-biar hingga nasi masak
-jika suka masukkan pewarna kuning apabila nasi sudah masak untuk menambah seri
sesuain dihidang bersama kari daging..papedom ngan pajeri bombay...