Sunday, May 31, 2009
Friday, May 29, 2009
Lawatan Pra Sekolah
Friday, May 22, 2009
Sibuk Lagi...
minggu ni sibuk ngan hari guru...minggu peperiksaan...minggu depan...minggu semak kertas pastu nak buat gubahan mak ndak plak...pastu lagi la sibuk..persiapan kenduri kahwinnya....adoiiiiiiiii...so minggu ni wat rumusan @ laporan mingguan ( cam guru bertugas plak...)
Puding Roti Lapis
Ni juga salah satu resepi yg timbul untuk menghabiskan roti yg dah nak expired...pada dibuang...membazir baik buat benda lain..btul tak...
Bahan-bahan
10 keping roti putih
1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
serbuk koko/milo 3 in 1 / apa-apa sebuk minuman coklat
Cara-cara
-roti dicarik-carik dan direndam bersama-sama susu cair dan air selama 1/2 jam
-selepas 1/2 jam..blender semua bahan sekali termasuk adunan roti yang direndam kecuali....serbuk minuman coklat.
-bila bahan dah lumat...bahagikan kepada dua
-satu adunan dicampurkan dengan serbuk koko/milo/minuman coklat ( apa-apa jenama )
-satu adunan lagi dibiarkankosong
-panaskan kukusan dan kukus selapis demi selapis hingga habis
-lapisan terakhir dikukus selama 45 minit dengan api sederhana.
-sejukkan sebelum dihidang
*jika guna serbuk koko..kandungan gula hendaklah ditambah 2 atau 3 sudu besar.

Guru Pembina Negara Bangsa
18 Mei 2009...sambutan hari guru peringkat sekolah....macam-macam acara yg diadakan untuk meraikan diri sendiri...almaklumlah...budak sekolah rendah mana reti nak buat sendiri...namun begitu terharu juga atas persembahan yg di sertai oleh murid-murid mengikut kelas...walaupun persembahan pelbagai tema....namun tujuannya satu...nak gembirakan hati guru sempena hari istimewa ini.
kat bawah ni antara cenderahati yg ibu dapat...tapi sebelum tu..ibu nak bgtau..murid-murid ibu..kategori luar bandar dengan hampir 60% adalah murid orang asli...jadi tak terlawan dengan hadiah dari murid-murid sekolah bandar...walaupun mereka susah namun pemberian itu adalah dengan hati yang ikhlas..ibu terima..walau dah dipesan banyak kali agar jangan menyusahkan diri dan kluarga untuk beri hadiah..yg penting belajar...itulah hadiah paling berharga..

PTK.....bukan PCK aaaaa...
dalam duk sibuk sambut hari guru...rupa-rupanya keputusan PTK kluar hari ni...apa agaknya keputusan ibu..
alhamdulillah....tinggal satu lg je....tp yg herannya kertas khusus tu ibu buat setengah jam je....pastu trus kluar...sebab rasa komfiden sangat takkan dapat 4....mana tidaknya...pagi nak periksa tu baru sibuk pinjam pensil ngan pemadam najla..

Sabah Maliii...
Bencana Alam
Mungkin nampak teruk sangat bila tulis bencana alam...tapi nilah yg berlaku kat sekolah Ibu..hari Khamis minggu lepas ( 14 Mei )..seelok ibu balik dari sekolah ( lepas buat kain rentang )..hujan turun dengan selebat-lebatnya...ingatkan takde la apa sangat...rupa-rupanya datang sekolah pagi esoknya.........
Bangunan kat atas tu surau...tu yang kena ambik gambar tu...nak hantar laporan kat ppd.Bukan tu saja...hari tu memang ramai yg tak datang sekolah sebab terputus hubungan dek jambatan roboh...tanah lumpur ranapkan rumah...kira dasyat gak laa...

16 Mei 2009
Sebenarnya hari ni lah hari guru....untuk cikgu-cikgu sekalian...selamat menyambut hari guru...dan buat guru yg kat bawah ni plak..SELAMAT PENGANTIN BARU...
Hari ni Ibu balik kampung kat Bagan Serai meraikan sepupu ibu yg melangsungkan perkahwinannya pada hari istimewa ini....ni laa mak chek...ada kat n3 lepas cerita pasal datang rumah ibu.....

Thursday, May 14, 2009
SELAMAT HARI GURU
Ooopppsss...blum lagi Hari Guru...cuma nak warwarkan aje tak lama lagi hari guru...sebabnya terasa gak kengkadang tu...nama Hari Guru..yg menganjurkannya pun guru...kira masuk bakul angkat sendiri lah...nak wat camana...
Hari ni siapkan benda ni...dari pukul 12.45 mula lukis ...pukul 3 dah siap.Esok pagi bleh gantung.Kat bawah ni...krew-krew yang terlibat....tengok muka laaaa..semacam dah...penat...
Hari ni takde n3 pasal masak...letih...yg ada cuma benda ni....

Tuesday, May 12, 2009
Puding Jagung
Bahan-Bahan
30gm agar-agar
5 cawan air
1 cawan gula
2 tin susu cair
2 tin jagung krim
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan susu pekat
pewarna kuning - jika suka
Cara-cara
-masak agar-agar dengan air hingga agar-agar hancur dan larut dalam air
-masukkan gula dan susu cair...biar hingga mendidih dan masukkan garam
-bancuh tepung jagung dan tepung kastad dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk bancuhan agar-agar tadi
-masukkan jagung krim dan kacau hingga sebati..letakkan pewarna kuning jika suka
-bila adunan agak likat dan pekat ...matikan dan tuang kedalam bekas

Monday, May 11, 2009
Bawal Masak Merah
Getuk Ubi Kayu

Pernah makan???? dalam kategori kuih tradisional jugak rasanya.Setakat ilmu yg ibu ada..rasanya kuih ni ada dua versi ( sebab selalu makan dalam 2 versi )..pertama yg tak digoreng...tapi takdela dicampur tepung...sakit perut la karang makan tepung mentah..dan satu lagi digoreng salut tepung mcm goreng pisang...apapun pada sapa2 yg nak cuba..bleh la salin resepinya...
Bahan-bahan
1 kg ubi kayu - cuci dan rebus empuk
1 sudu kecil garam
1/2 cawan gula
1/2 cawan kelapa parut
3/4 cawan tepung
-Bila ubi yg direbus dah empuk..buangkan airnya.
-masukkan gula dan garam dan lecek ubi hingga lumat.
-masukkan kelapa parut..gaul rata
-masukkan pula tepung dan gaul rata serta sebati
-bentukkan adunan bulat-bulat hingga habis
-sediakan bancuhan tepung untuk menggoreng ( sorry...ibu tak letak..kalo nak senang beli yg segera..)
-panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan

Ibu buat untuk minum petang tadi...tapi budak-budak tak berapa layan sangat..budak-budak sekarang mana nak kenal kuih tradisi...tapi ayah budak-budak tu ok je...
Sunday, May 10, 2009
Wednesday, May 06, 2009
Roti Sosej Versi B
Kali ni resepi roti ni dari Chef Farid-Bakeri Ria Academy.Memang lembut...buat untuk bekal budak-budak dan ayah pada budak-budak pegi sekolah juga yang sebenarnya dah janji nak bagi kat Mardiah ngan Ayu ( Cikgu Pra Sekolah Minhal Kazim )....
resepi kat bawah ibu dah siap adjust ikut banyak mana yg muat masuk breadmaker...breadmaker ibu kecik je...tupun bleh beli hasil sumbangan kupon dari chuin...kalautidak harganya lagi la mahal...tq chuin..diam tak diam dah 2 tahun lebih umur breadmaker tu...
Bahan-bahan
250gm tepung high protien ( ibu tambah lg 6 sudu besar...sebab tengok adunan lembik )
50gm gula ( ibu jadikan 70gm )
5g yis ( mauripan...)
15gm susu tepung
2.5gm bread improver
2.5gm bread softener
1 bj telur
50gm marjerin
5gm garam
125ml air
Cara-cara
-masuk semua bahan dalam BM bermula dari bahan cecair hingga la tepung..yis tanam dalam tepung..takut nanti berjumpa ngan garam...kalah yis tu...maka tak naik la doh tu nanti
-pilih setting doh dan on kan..tunggu la dia selesaikan kerja dia.
-bila dah ok..keluarkan dari BM dan bahagikan kepada 10 bahagian.
-gelek setiap bahagian jadi memanjang dan lilitkan pada sosej.Letak atas dulang pembakar yg telah disapu sedikit marjerin
-biar doh naik sekali ganda lagi ( dalam 30 minit )
-bakar pada suhu 160C selama 15 hingga 20 minit
-keluarkan dari oven dan sejukkan.Boleh sapukan butter atas roti untuk nampak kilat dan cantik ( budak-budak tak suka ...ibu pun tak la sapu...)

Sunday, May 03, 2009
Rendang Sotong Sumbat
Resepi ni dapat masa jalan-jalan malam tadi kat blog noreen..nampak macam sedap...jadi tengahari tadi Ibu cuba buat...pada tekak ibu memang sedap...baunya harum dek daun kunyit ngan daun limau purut..rasanya pun masam-masam sikit...kira ok la..
Bahan-bahan
10 ekor sotong -dibersihkan kemudian dicelur sekejap
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan santan pekat
1-2 sudu besar kerisik ( Ibu tak letakpun...stok tak ada )
sedikit asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sehelai daun limau purut-hiris halus
sehelai daun kunyit - hiris halus
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Bahan Inti
3 biji telur
garam dan lada sulah
daun sup yang dihiris halus
-masak secara scrambled egg
-sumbat kedalam sotong dan sematkan dengan lidi
Cara-cara
-kisar bawang besar,bawang merah,bawang putih,halia dan serai .
-tumis bahan kisar dan cili hingga naik bau dan pecah minyak.
-masukkan santan,asam jawa,garam dan gula
-masukkan sotong yg telahpun disumbat tadi.
-masak hingga kuah agak pekat.
-sebelum api ditutup bolehla masukkan daun kunyit ngan daun limau purut yg dihiris halus.

Donut
Buat untuk minum petang...resepi dari rumah rinncan...ambik resepi je...cara buat ikut sedap tangan ...hasilnya ok..sedap dan tak keras @ liat bila dah sejuk ( walaupun ibu lupa nak letak telur...hi..hi...)
Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
2 sudu besar gula castor
11 gm yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair ( ibu gantikan dengan susu pekat..dan air )
1 biji telur
3 tbs mentega 1
/2 tsp garam halus
1 1/4 tsp bread improver
Cara-cara
-Bancuh yis ngan air suam dan biar naik
-dalam bekas lain..masukkan tepung,gula,mentega,garam,susu,telur ngan bread improver..gaul sebati ( adunan jadi berbintil kasar )
-masukkan bancuhan yis kedalam adunan tadi dan gaul rata
-masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga adunan tidak melekat.
-terap dengan acuan dan letak atas dulang ditabur sedikit tepung.
-biar hingga adunan naik sekali ganda ( dalam 40 minit )
-goreng dengan api perlahan

Subscribe to:
Posts (Atom)