Takde apa nak digebangkan hari ni...kepala pun tak berapa sihat...lemah je badan ni...masak pun rasa tak larat.buat nasi ayam ni pun sebab rasa senang dan mudah.resepi asal dari diana myresepi ( kalau tak silap laaa ) tp ada sikit ubah suai ikut bahan yg ada.
SUP
Bahan-bahan
seekor ayam ...potong ikut suka
sup bunjut adabi
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 kuntum bunga lawang
garam
2 ketul kiub ayam
air untuk merebus secukupnya( agak-agak la sbb nak guna untuk masak nasi sama )
Cara-caraan
-tumbuk lumat bawang-bawang dan halia
-tumis bahan yang ditumbuk lumat tadi sampai kekuningan
-masukkan ayam...kiub ayam...bunga lawang dan air
-rebus hingga ayam empuk...perasakan ngan garam
-keluarkan ayam dr dlm periuk dan toskan
Nasi
Bahan-bahan
4 cawan beras....lebih sedap kalau guna beras basmathi
4-5 cawan air rebusan ayam tadi ( sup )
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 batang serai diketuk-ketuk
3 kumtum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Cara-cara
-tumbuk lumat bawang-bawang dan halia
-tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau...masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis
-tutup api dan pindahkan bahan tumis tadi kedalam rice cooker.
-masukkan beras yg telah dicuci beserta air rebusan td
-perasakan sikit lg ngan garam
-biar hingga nasi masak
Ayam Madu
Bahan-bahan
ayam yg telah ditoskan tadi
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap
2 sudu besar minyak bijan
Cara-cara
-perap ayam ngan semua bahan di atas lebih kurang 1 hingga 2 jam
-goreng dengan api perlahan
*tak perlu terlalu lama menggoreng..sekadar ayam berubah warna sahaja
Sos Cili
-Tumis seulas bawang putih yg diketuk-ketuk...bila berubah warna bawang masukkan 2 sudu besar pes cili.
-Bila cili masak masukkan 3 sudu besar sos cili dan 1 cawan sup ayam tadi
-kacau hingga mendidih dan perasakan ngan garam dan gula
Sos Kicap
-Lebihan bahan perapan tadi dicampur ngan 1 cawan sup ayam dan panaskan hingga mendidih
-jika suka bleh masukkan bancuhan tepung jagung untuk lebih pekat
-kalau nak pedas...potongkan cili padi kedalam sos.
-bila dah ok rasa dan kepekatannya bleh la diangkat
hidangkan ngan tomato ...timun dan salad.sedap resepi diana ni...anak-anak ibu ni makan sampai bertambah-tambah.yg utamanya ayam tu memang sedap.cuba laaa
No comments:
Post a Comment