Spaghetti ni makanan kesukaan ibu...tapi biasala..penyediaannya diolah sikit supaya lebih rasa kemelayuannya...sapa-sapa nak cuba silalah....resepi mudah je...
Bahan Utama
Spaghetti ( Ibu guna angel hair...halus sikit ) direbus antara 7 hingga 10 minit.Toskan...dan gaul ngan sikit minyak supaya tidak melekat.
Bahan Sos @ Kuah
500 gm daging kisar
5 ekor sotong sederhana
bawang besar
bawang putih
2 sudu besar pes cili atau cili boh ( untuk lebih rasa kemelayuannya )
2 biji tomato
sos cili ( ikut kepekatan )
air
serbuk lada hitam
lobak merah dihiris-hiris
daun bawang
Cara-cara
-bawang besar, bawang putih dan tomato dipotong dadu
-panaskan minyak dan tumis bawang...bila bawang kekuningan masukkan pes cili dan tomato
-kacau hingga naik minyak ... masukkan daging dan air.Biar hingga daging empuk
-masukkan sotong, sos cili,garam, lada hitam dan lobak merah.
-biar mendidih .. sehingga kuah pekat.masukkan daun bawang dan bolehla diangkat..
No comments:
Post a Comment