Thursday, December 23, 2010

IKAN KUKUS SIMPLE

dah banyak hari tak update...tapi bukan la tak jenguk langsung...sibuk lepas mak balik mekah...mak demam...sambung ngan father in law masuk hospital..kaki terkena mesin rumput...dipanjangkan lagi dengan kenduri kahwin sepupu sebelah hubby...balik tapah sambung...kemas blog nak smbut tahun baru....tup..tup..tak sihat pulak...batuk tak berenti..aik...cam ibu plak yg balik mekah....nak buat apa pun jadi tak berdaya...tapi arini kuatkan semangat..masak jugak la....simple je...

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung besar
2 batang serai
4 biji bawang merah
1 inci halia
6 ulas bawang putih
sedikit garam dan lada sulah
cili padi
1 sudu teh sos ikan
sedikit asam jawa

Cara-cara
-serai,bawang dan halia dibahagi kepada 2 bahagian.satu bahagian ditumbuk lumat..sebahagian lagi dihiris halus
-bersihkan ikan dan dikelar
-panaskan periuk kukusan
-gaul ikan dengan bahan yg ditumbuk...letakkan kedalam bekas yg sesuai untuk mengukus
-tabur atas ikan bahan yg dihiris...sos ikan..garam..asam jawa dan lada sulah
-kukus separuh masak..taburkan cili padi..
-kukus hingga ikan masak....kalau nak kuah lebih..tambah sedikit lagi air kedalam bekas ikan...

haiiiiii...resepi pun cam resepi org sakit je..

No comments: