
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula ( Ibu cukupkan secawan )
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
* Bahan-bahan diayak dahulu
Cara-cara
-campurkan semua bahan kecuali minyak dan air panas
-gaul semua bahan hingga rata dan sebati baru campurkan minyak
-selepas adunan sebati baru masukkan air panas dan kacau biar sebati
-panaskan kukusan...bila air mendidih masukkan adunan yang telah diletakkan didalam acuan ( pastikan adunan hanya 1/3 acuan sahaja )
-kukus hingga masak ( masa berdasarkan saiz acuan..kalau mangkuk kecil tu antara 20 hingga 25 minit..kalau loyang besar antara 50 hingga 60 minit )

No comments:
Post a Comment