Friday, December 23, 2011

CARROT CAKE

Petang semalam sempat baking carrot cake untuk tea time....memang sedap resepi yg newbie myR punya ni...dan betullah pendapat sesetengah penggemar kek ni...carroy cake kalo dibiarkan semalaman rasanya lebih sedap...kalau tak caya cubalah...



Bahan-bahan
2 1/2 cawan parutan carrot - newbie kata dlam 3 batang tp kalau yg kecil kna sedia lebih la
4 biji telur
1 cawan minyak sayur
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 1/2 sudu teh serbuk pala - tak letak pun..takda dlm simpanan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut - gantikan dengan kismis


Cara-cara
-tepung, soda, serbuk kayu manis, serbuk pala, garam dan baking powder dicampur sekali dan diayak
-pukul telur dan gula hingga sebati ( tak perlu lama-lama dalam 4 hingga 5 minit jer )
-masukkan minyak ...bila sebati masukkan esen vanilla
-masukkan bahan yg diayak sedikit demi sedikit
-akhir sekali masukkan parutan carrot dan kismis..kacau sebati menggunakan spatulla.
-bakar dengan suhu 170C lebih kurang 40 minit.

No comments: