Thursday, December 08, 2011

MY FIRST TART

Dah lama sangat nak buat tart..teringinnnnnn sangat .....tengok kengkawan buat cheese tart kemain comel lagi....arini try la buat tart....yg penting arini ni kemahiran buat tart shell tu....resepi ni tengok kat mcm2 blog..hampir semuanya sama saja....jom tengok resepi

Bahan-bahan:
250 gm butter
450 gm tepung gandum
100 gm gula aising atau gula biasa yg dikisar halus
1 biji telur
sedikit esen vanilla

Cara-cara:
-tepung diayak.ramas butter bersama tepung.
-campurkan gula dan ramas-ramas lagi.
-masukkan telur dan esen vanilla.
-Uli doh hingga sebati adunan.
-ambil doh dan tekan dalam acuan tart.
-sebelum bakar..cucuk-cucukkan dahulu adunan dalam acuan dengan garfu.

oleh kerana tak ada cream cheese kat rumah..maka yg menjadi hari ni choc tart je la...

sebelum isikan cooking choc yang dah dicairkan tu..ibu masukkan blueberry filling ckit..bagi ada gabungan rasa masam-masam dan manis..

tengokla tu...budak-budak...kalau dengan coklat tak tolak langsung.

No comments: